Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 30 April 2022

30 April 2000


Gambar Coach Bahar bersama-sama dengan isteri dan 9 orang anak-anaknya

1996

Aku masuk UKM masa umur aku 19 tahun. Masa tu batch semuanya umur 20 tahun. Aku masuk universiti muda setahun dari yang lain. 

Masa aku tahun 2, aku jadi fasi minggu suai kenal. Walaupun aku senior tapi umur mereka yang baru masuk UKM tika tu sama dengan aku. 

Masa minggu suai kenal lagi aku ada nampak seorang awek ni. Manis mukanya, senyumnya macam gula. Tenang rasanya aku tengok dia. Biasalah, junior baru datang yang student senior ni semua pasang badan. 

Sebulan lepas tu, aku ingat perasaan tu sekejap je. Tapi makin lama makin teruk. Kata orang, makan tak kenyang, tidur tak nyenyak, mandi tak basah. Teringat-ingat kat awek yang aku suka tadi. 

Satu hari 6 bulan lepas tu, aku memendam rasa pada junior yang sebenarnya aku tak kenal namanya pun. Aku hafal waktu kelasnya. Bila dia balik dari kuliah pasti aku tunggu dan perhatikan dari jauh. Aku kena jaga macho, aku pimpinan pelajar ramai orang kenal. 

Aku tak pernah bercakap dengan dia. Satu hari aku terserempak dengan awek tu. Mata bertentang mata. Dia senyum kat aku. Dia berkata "Assalammualaikum abang fasi". Aku terkelu tak terkata. Aku senyum sendiri. Masuk bilik dan tekap bantal kat muka. Berangan sendiri. 

Hampir setahun, aku bertekad kenal dengan dia. Aku mula merisik, aku pasang kaki. Aku dapat nama, alamat, no phone rumah dia. Aku mula mengatur strategi. Aku kenal dengan kawan sekuliahnya dulu. 

Dia ni jinak-jinak merpati. Dia belajar Fakulti Pengajian Islam UKM. Jadi set-set ustazah dan ustaz ni susah nak didekati. 

Aku tulis surat. Berkeping-keping aku hantar tanpa balasan. Rupanya tak sampai salah nombor box

Aku jadikan biliknya yang terang. Ingat dia kuat study menjadi sumber inspirasi rupanya. Bilik yang aku sangka bilik dia bukan miliknya. Aku tiap malam study sebab nak dapat keputusan baik ambil semangat dia. Aku makin tak keruan. 

Bila aku habis belajar dan masa aku sambung master baru aku dekat dengan awek aku tadi tu. Boleh lah berjumpa sekali dua. Baru aku kenal dia orang Klang. Dulu aku ada rasa rendah diri sikit sebab aku dari budak kampung. 

Awek tu dah tahun akhir. Aku dah kerja, aku dah berniaga, aku dah ada kereta. Dia buat latihan industri di Shah Alam. Dulu mana ada WhatsApp macam sekarang. Hand Phone pun tak semua orang ada. Susah nak berhubung. Aku pun tak tahu perhubungan dan memendam rasa aku pada dia berbalas ke tidak. 

Aku mahu berterus terang. "Awin, saya mohon berterus terang. Apa perkataan pun sama. Saya sayang awak, saya suka kat awak, saya ingin jadikan awak isteri saya. Tapi sepanjang kita kenal sekali pun awak tak pernah call saya, sekalipun tak pernah awak tunjuk awak suka pada saya. Saya nak tahu adakah saya bertepuk sebelah tangan". 

Dia tunduk dan diam. Aku serba salah. Aku tanya dia lagi. 

"Abang. Saya hormat abang. Adakah abang tahu perasaan saya. Abang mahu saya buat apa lagi. Kita ada batas bang. Sampai hati abang. Awin juga ada perasaan. Apa sahaja yang awin boleh buat bila rindukan abang. Awin seorang perempuan. Apa tandanya, bila Awin setuju keluar dengan abang?. Abang adakah Awin keluar dengan lelaki lain. Tak pernah selain abang". Sambil dia menangis. 

Aku betul-betul menyesal tika itu. Aku yang tak sedar, sayang ku, cinta ku berbalas.

Akhirnya, kami bertunang. Tika itu umur kita baru 22. Terlalu muda pada mereka. 

Terima kasih tika aku belum ada apa-apa. Aku masih muda dan tak tahu masa depannya. Tika aku belum ada kerjaya yang meyakinkan. Aku diterima oleh mak sebagai menantu. 

30 April 2000

Tak sangka. Awek yang aku suka jadi suri hati ku. Susah senang kita bersama. 

Awak jadi kawan saya, ke mana pun bersama. 

Awak jadi guru saya

Awak bawa saya zuriat dan mengembirakan saya. 

Awak ada tika saya perlu

Awak beri saya tenang 

Tahun ini dan hari ini sambutan 8,030 hari kita bersama sebagai suami isteri. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat suri hati ku Zawiyah Saimin.

Gambar penuh di sini :-

https://www.facebook.com/731768123500946/posts/5401422026535509/

-----------------------------------------------------------------------------------------


Coach Bahar bersama isterinya

Lelaki ni terlihat ego.  Jarang nak puji perempuan lebih lagi isteri dia.  Ianya mungkin satu penyakit. Perkara itu tidak dibuat-buat. Banyak lelaki, hidupnya hanya ada warna hitam dan putih.  Jarang mereka cuba memahami adanya warna lain yang berwarna warni.  Tidak seperti wanita,  selain bajunya hatinya juga berbunga-bunga.  

Maafkan kami.  

Lelaki kononnya sibuk berkerja. Isteri tinggal je di rumah duduk diam-diam dengan anak-anak.  Sudah diberi makan minum, pakai dan tempat tinggal.  Ramai lelaki berkata,  mereka sudah menjadi seorang suami dan ayah terbaik.  

Maafkan kami

Lelaki itu,  jarang ke pasar. Sehingga ikan sembilang dan ikan keli pun tak kami kenal.  Halia dan kunyit juga keliru. Di suruh beli daun sup dibeli daun sadri.  Kami ingat itu bukannya penting. Tidak seperti isteri,  perlu masa memilih barang dipasaraya.  Perlu membeli dengan perasaan dan idea. Suami dan anaknya nak makan apa.  

Maafkan kami

Lelaki selalu tidak memahami hati perempuan termasuk isterinya.  

Segarangnya seorang lelaki, dilembutkan hatinya oleh isteri. 

Sehebat mana seorang lelaki, dibelakangnya ada seorang isteri melengkapi kehebatannya.  

Sekuatnya seorang lelaki,  tangisannya hanya boleh dipujuk oleh seorang wanita bergelar isteri.  

Hari ini 22 tahun lalu. Aku seorang budak mentah.  Yang hanya faham mahu memperisterikan mu.  Aku seorang lelaki yang tadi, tidak mengenal hati seorang wanita. Kau datang dalam hidup ku..  

Kau tenangkan aku  bila aku marah

Kau pegang tangan ku bila aku kecewa

Kau ketawa buat aku suka

Kau menanggis bila aku terluka.  

Hari ini hari ulang tahun perkahwinan kita. Terima kasih buat kekasih ku Zawiyah Saimin isteri yang hebat.  Terima kasih telah membahagiakan kami ibu, adik beradik ku,  anak-anak ku, saudara mara ku.  Kerana kau seorang bidadari dari syurga dihati ku.  

#JiwangKarat

30April2022

#AyahAnakSembilan

https://www.facebook.com/731768123500946/posts/5401430533201325/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Matmatik Kebun

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/04/matmatik-kebun.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...