Pernah terfikir tak macam mana ibadah korban sembelihan dilakukan di Jepun?
Di Jepun, sembelihan binatang tak boleh dibuat sembarangan ya. Ada prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi. Sebab di Jepun ada satu undang-undang yang dinamakan “The Slaughterhouse Law“ atau Undang-undang Rumah Sembelih.
Undang-undang ini memperuntukkan bahawa setiap haiwan yang ingin disembelih mesti dilakukan di rumah sembelihan yang diiktiraf. Penyembelihan haruslah dilakukan oleh penyembelih yang diiktiraf Muslim dan kompeten dalam tugasan. Bermakna, penyembelih harus ada lesen sembelihan yang diperakui oleh badan bertauliah.
Undang-undang ni penting untuk pastikan kawasan sembelihan tu bersih dan dapat kurangkan risiko punca penyebaran penyakit. Ini juga dapat menjamin daging haiwan yang disembelih tidak tercemar dan sekaligus menjaga kesihatan orang yang menerima daging haiwan sembelihan tersebut. Penyembelih yang kompeten dan berlesen juga dapat pastikan penyembelihan dapat dilakukan dengan betul dan cermat.
Di Jepun, ada beberapa rumah sembelihan seperti di Kumamoto dan Tokushima. Di Miyazaki pula, pembinaan rumah sembelihan 100% untuk daging halal dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Jepun. Manakala tiga syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM untuk lakukan sembelihan halal di Jepun adalah seperti Sanda, Zenkai Meat dan Nishiawa.
Untuk ibadah Qurban di Jepun pula, pihak pengurusan masjid atau Islamic Centre biasanya akan menguruskan dari segi urusan legal dan kelulusan dari pihak berkuasa. Di Sanda sendiri, ada lebih kurang 8 ekor lembu disembelih untuk Hari Raya Qurban tahun ini.
Ini bermakna, untuk sembelih sendiri binatang Qurban di parking lot atau kawasan masjid contohnya, adalah sesuatu yang salah di sisi undang-undang Jepun dan pelaku boleh didakwa.
Begitulah.
Selamat Hari Raya Aidiladha semua 😊
#CatatanZunitaDiJepun
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
KOTARO YAMAOKA : Orang Jepun Yang Pertama Mengerjakan Haji Di Mekah
https://normanhafizi.blogspot.com/2022/07/kotaro-yamaoka.html
No comments:
Post a Comment