Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 25 July 2022

22 JULAI 1871

Rundingan Pengesahan Tengku Kudin Sebagai Yamtuan Negeri Selangor


22 Julai 1871 – Pada tahun 1871, satu rundingan telah diadakan di antara Sultan Abdul Samad, J.W.W. Birch, Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Tengku Kudin di Istana Jugra, Selangor. Rundingan ini diadakan bagi mengesahkan semula perlantikan Tengku Kudin sebagai wakil Yamtuan bagi mentadbirkan segala hal ehwal seluruh negeri Selangor yang telah dibuat oleh Sultan Abdul Samad pada tahun 1868.

Perlantikan sebelum ini yang telah menyebabkan berlakunya peperangan di Selangor dan membawa kepada campur tangan Inggeris. Dalam rundingan ini juga Sultan Abdul Samad telah menyerahkan surat kuasa perlantikan tersebut kepada Tengku Kudin dan disaksikan oleh J.W.W. Birch dan C.J. Irving.

Dengan perlantikan ini, J.W.W. Birch telah memberi pengakuan bahawa pihak Inggeris akan memberikan segala bantuan yang diperlukan kepada Tengku Kudin untuk mengamankan negeri Selangor. Hasil dari rundingan dan perlantikan ini telah memberikan kuasa kepada Tengku Kudin memerintah daerah-daerah pantai Selangor iaitu dari Kuala Selangor hingga ke Jugra dan Kuala Lumpur serta sekitarnya. Pada tahun 1878 Tengku Kudin telah berhenti dari jawatan ini.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

24 JULAI 1874 : Sultan Abdullah Menjadi Sultan Perak


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...