Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 24 July 2022

24 JULAI 1874 SULTAN ABDULLAH MENJADI SULTAN PERAK



Sultan Abdullah Menjadi Sultan Perak

24 Julai 1874 – Pada tahun 1874, Sultan Abdullah telah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan dengan pengisytiharan memberi kuasa memungut cukai kepada Residen.

Pengisytiharan ini telah diketepikan buat beberapa waktu kerana keengganan baginda menandatanganinya akibat daripada perlantikan dan perselisihan yang berlaku dengan J.W.W. Birch iaitu Residen Inggeris yang pertama di Perak.

Kedatangan J.W.W. Birch di Perak sebagai Residen Inggeris tidak menyenangkan hati Sultan Abdullah dan Pembesar-pembesar Negeri kerana sikap dan tindakannya yang dianggap melampaui batas.

Perselisihan Sultan Abdullah dengan J.W.W. Birch menjadi rumit apabila J.W.W. Birch tidak bersetuju dengan tindakan Sultan Abdullah memajakkan kuasa memungut cukai di Muara Sungai Perak kepada seorang saudagar Cina.

J.W.W. Birch berpendapat kuasa memungut cukai itu hendaklah diserahkan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik olehnya.

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

21 JULAI 1875



16 September 1876 - Kes Pembunuhan J.W.W. Birch



Pakatan Membunuh J.W.W. Birch & Upacara Bermain Hantu Di Batak Rabit



Sebuah perkongsian daripada akaun Facebook, Haji Saiful Bahari Baharom


Reunion Dinner.

Saya memegang gambar kami bertiga semasa berumur 21/22 tahun di London, New Year's Eve 1984/85.

Ketiga-tiga anak negeri Perak Darul Ridzuan. 

Bagi peminat sejarah, di kanan saya adalah anakanda Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan di kiri pula ada cucunda (great x 4 grandson) kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah yang dibuang oleh pihak British ke Pulau Seychelles (1876) di atas tuduhan terlibatnya Almarhum di dalam pembunuhan JWW Birch, Residen British pertama di negeri Perak (1875).

Memandangkan sambutan hangat filem "Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan", mungkin adalah satu idea yang baik di filemkan kisah pembunuhan JWW Birch dari kacamata sejarahwan orang Melayu.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...