Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 20 August 2022

03 JUN 2016 MUHAMMAD ALI

 

17 JANUARI 1942 - 03 JUN 2016

Hari ini genap 6 tahun...MUHAMMAD ALI meninggal dunia pada 3 Jun 2016 iaitu tiga hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada usia 74 tahun akibat kejutan septik dan penyakit Parkinson, serta sakit tua di Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat.

THE GREATEST OF MUHAMMAD ALI

Muhammad Ali atau nama asalnya Cassius Marcellus Clay, Jr ialah seorang legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat, dianggap antara peninju heavyweight terhebat dalam sejarah sukan tinju.

Muhammad Ali ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal di kalangan umat Islam seluruh dunia, bukan sahaja kerana kehebatannya, malah juga kerana prinsipnya. Beliau juga telah dinobatkan sebagai "Sportsman of the Century" oleh Sports Illustrated dan "Sports Personality of the Century" oleh BBC.

KEJUARAAN HEAVYWEIGHT PERTAMA

Ketika umur 22 tahun, beliau memenangi kejuaraan heavyweight dunia pada 1964 menewaskan Sonny Liston dalam satu keputusan yang mengejutkan. Tidak lama selepas pertarungan itu, pada 6 Mac 1964, pemimpin Nation of Islam Elijah Muhammad telah mengumumkan bahawa jaguh tinju itu telah menyertai mereka dan menukar namanya kepada Muhammad Ali. Beliau memasuki Islam Ahli Sunah Waljamaah pada 1975.

PERTARUNGAN DENGAN PESAING² HEBAT

Digelar "The Greatest" (Yang Terhebat), Ali terlibat dalam beberapa perlawanan tinju yang bersejarah. Antaranya ialah pertarungan Liston pertama (1964), tiga kali dengan pesaing Joe Frazier (1971-1975), dan sekali dengan George Foreman (1974), di mana beliau mendapat kembali gelaran yang dilucutkan kerana enggan menyertai pengerahan ke Perang Vietnam tujuh tahun sebelumnya.

BIODATA LAGENDARY MUHAMMAD ALI
  • Nama : Muhammad Ali
  • Nama Asal : Cassius Marcellus Clay
  • Nama Samaran : The Greatest, The People's Champion & The Louisville Lip
  • Tarikh Lahir : 17 Januari 1942
  • Warganegara : Amerika Syarikat
  • Tinggi : 6 ka 3 in (191 cm)
  • Meninggal Dunia : 3 Jun 2016
  • Umur Meninggal : 74 Tahun
  • Tempat Meninggal : Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat
  • Sebab kematian :Kejutan Septik, Sakit Tua & Penyakit Parkinson
  • Dikebumikan : Cave Hill Cemetery, Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat
REKOD TINJU
  • Jumlah Perlawanan : 61 Kali
  • Menang : 56 kali
  • Kemenangan KO : 37 kali
  • Kalah : 5 kali
  • Seri : Tiada
𝑨𝒍 𝒇𝒂𝒕𝒊𝒉𝒂𝒉...

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ ۞

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِالرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ ۞

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

𝒔𝒆𝒎𝒐𝒈𝒂 𝒓𝒐𝒉 𝑨𝒓𝒘𝒂𝒉 MUHAMMAD ALI 𝒅𝒊𝒕𝒆𝒎𝒑𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝒌𝒂𝒍𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈² 𝒚𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒂𝒎𝒂𝒍 𝒔𝒐𝒍𝒆𝒉...

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

NOTE : SEPANJANG HIDUPNYA MUHAMMAD ALI TELAH MEMBINA 170 BUAH MASJID DI AMERIKA SYARIKAT...SUBHANALLAH.

#ADMIN MKDD #MALAYSIAKuDuluDulu #MALAYSIAKitaDuluDulu
#AdieyraAlmyErdieyanaEllyArdieyana #AnakJatiKampungPantaiBeserahKuantan.


Pautan bahan bacaan artikel menarik :-

Peristiwa Pada 20 JULAI 1973


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...