Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Tuesday 16 August 2022

28 JULAI 1975 PEMBINAAN KAPAL RONDA KD JERONG


The Chief of Navy with Prime Miniser Tun Abdul Razak at the launching of KD JERONG at Butterworth - 1975

Kemajuan industri maritim negara untuk berdikari telah pun dipelopori lebih awal apabila Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dengan bangganya telah melancarkan pembinaan kapal ronda KD Jerong di Limbungan Hong Leong Lurssen, Butterworth, Pulau Pinang pada 28 Julai 1975.

Ia merupakan peristiwa bersejarah apabila pertama kalinya kapal perang TLDM dibina di dalam negara. Limbungan Hong Leong Lurssen adalah kerjasama syarikat tempatan dengan firma perkapalan Lurssen, Jerman.

Dikategorikan sebagai kapal serang laju, kapal jenis ini merupakan evolusi baharu dalam angkatan laut pada dekad tersebut kerana faktor kelajuan, saiz selain kos operasi yang rendah untuk tugas rondaan dan pengawasan.

Kesemuanya enam buah kapal dibina di sini termasuk KD Todak, KD Paus, KD Yu, KD Baung dan KD Pari. Ia dilengkapi dengan dua laras meriam iaitu Bofors 57 milimeter (mm) dan Bofors 40mm.

Kapal-kapal ini berjaya disiapkan mengikut jadual dan diserahkan kepada TLDM dua  tahun kemudian. TLDM juga mengoperasikan lapan lagi kapal perang jenis sama tetapi dilengkapi peluru berpandu anti kapal iaitu Kelas Handalan yang dibina di Sweden dan Kelas Perdana buatan Perancis.

Penulis: Zaki Salleh

MalDef

https://www.facebook.com/119310881472311/posts/pfbid02M63eswXvne3kCyekqoHJwn66xmB4rSpxzC4vm76NSWgndXBp9sQ24md82c9xQtngl/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

23 MEI 1950 UPACARA PENYERAHAN LOCENG KAPAL H.M.S. MALAYA

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/08/23-mei-1950.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...