Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Tuesday 2 August 2022

30 JUN 1930 EMPANGAN CHENDEROH

 

Pada hari ini dalam tahun 1930, Empangan Chenderoh yang terletak 13 batu ke utara bandar Kuala Kangsar, Perak telah dibuka dengan rasminya. Upacara perasmian ini telah dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Cecil Clementi. Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Iskandar Shah telah turut sama menyaksikan upacara ini berserta dengan orang-orang kenamaan negeri.

Empangan Chenderoh merupakan satu-satunya projek hidro elektrik yang terawal di negara ini. Pembinaannya mula dirancang dalam tahun 1926. Kerja-kerja pembinaannya dimulakan dalam tahun 1928 dan telah siap sepenuhnya dalam tahun 1930. Empangan yang menelan belanja hampir RM 20 juta itu dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited. Panjang empangan ini ialah 640 kaki dan tingginya 90 kaki. Empangan ini dapat menakung 50 juta gelen air dan membentuk sebuah tasik seluas 10 batu persegi.

Tujuan asal pembinaan empangan ini ialah untuk mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta. Bencana banjir dalam tahun 1897 dan tahun 1926 yang melanda kawasan-kawasan berhampiran dengan Sungai Perak menyebabkan pentadbiran Inggeris di Perak merancangkan pembinaan sebuah empangan untuk mengurangkan kejadian bencana banjir yang berlaku setiap tahun di Sungai Perak di samping mendapatkan tenaga elektrik.

#hariinidalamsejarah #empanganchenderoh


Pautan artikel sebelum ini yang menarik :-

31 JULAI 1849 PERANG BETING MARAU



Selepas Peristiwa Pembunuhan J.W.W. Birch, Raja Yusuf dilantik sebagai Pemangku Sultan Perak ataupun dalam Bahasa Inggerisnya ialah 'Regent'

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...