Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 31 July 2022

31 JULAI 1849 PERANG BETING MARAU

Peristiwa Sejarah Perang Beting Marau di Sarawak

 

31 Julai 1849 – Pada tahun 1849, satu pertempuran telah berlaku di antara orang-orang Iban Saribas dengan angkatan perang James Brooke. Pertempuran ini lebih dikenali sebagai Perang Beting Marau, kerana ia berlaku di beting pasir besar yang dinamakan Beting Marau, terletak di Kuala Sungai Kerian, Sarawak.

Perang yang berlaku ini telah banyak mengorbankan jiwa berikutan pengepungan yang telah dilakukan oleh angkatan perang James Brooke. Peperangan ini dilakukan oleh James Brooke untuk memerangi orang-orang Iban Saribas dan Skrang yang dikatakan perompak-perompak laut.

James Brooke dan angkatan perangnya seramai 3,000 orang serta tiga buah kapal perang iaitu H.M.S Royalist, H.M.S Albatros dan Namesis telah mula bertolak dari Kuala Sungai Sarawak pada 24 Julai 1849. Apabila Brooke mendapat berita tentang satu angkatan perompak laut yang besar telah bertolak meninggalkan Sungai Saribas dan menuju ke Sungai Batang Lupar.

Maka pada 27 Julai 1849, James Brooke telah mengarahkan angkatannya mengepung Kuala Sungai Kerian untuk menyerang angkatan perompak laut apabila mereka pulang ke tempat mereka di Sungai Saribas. Setelah tiga hari angkatan James Brooke menunggu akhirnya berlakulah pertempuran, iaitu ketika perahu-perahu orang Iban Saribas cuba memasuki Sungai Saribas. Pertempuran ini telah mengakibatkan ramai orang Iban terbunuh.

James Brooke selepas itu telah menyerang pula perkampungan orang-orang Iban ini dan akhimya satu perjanjian telah ditandatangani oleh 250 orang ketua-ketua Iban Saribas dan Melayu Saribas dengan James Brooke.


Pautan artikel-artikel menarik yang lain :-

Hidup Bahagia Dengan Semua Kaum Lain



Pengasuh Islam Jaga Dua Kanak-Kanak Cina



NAMPAK MACAM...



Peristiwa 30 Julai 1876 akhirnya Dato Maharaja Lela dan para pengikutnya telah datang menyerah diri kepada kerajaan British di Singapura

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...