Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 29 August 2022

PERISTIWA PADA 30 OGOS 1957


UPACARA PENURUNAN BENDERA UNION JACK

30 Ogos 1957 – Pada tahun 1957, bendera Union Jack diturunkan di Padang Bandar Hilir, Melaka. Upacara penurunan bendera dilakukan tepat pada pukul 6.30 petang, iaitu lebih awal dari tempoh berakhirnya pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu yang sepatutnya bermula pada tengah malam.

Upacara penurunan bendera Union Jack itu berlangsung dalam suasana hening, disaksikan oleh Residen Commisioner Inggeris di Melaka, Encik H. G. Hammett, bersama-sama dengan beribu-ribu rakyat jelata.

Penurunan bendera telah dilakukan oleh dua orang anak kapal dari kapal perang H. M. S. Saint Brides Bay, kemudiannya diserahkan kepada Residen Commissioner Inggeris, Encik Hammett.

Penyerahan bendera Union Jack kepada En. Hammett itu melambangkan berakhirnya penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.

Pada malamnya pula, pekikan “merdeka” dilaungkan dari Padang Kelab Selangor di Kuala Lumpur, iaitu tempat berlangsungnya acara kemuncak, bagi menurunkan bendera Inggeris yang merupakan lambang kedaulatan Baginda Queen.

Turunnya ‘Union Jack’ pada hari ini dalam tahun 1957, bermakna kibaran bendera itu tidak lagi menaungi negeri Melaka serta Tanah Melayu keseluruhannya.

Maka Tanah Melayu adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta lepas bebas dari belenggu penjajah.

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0TUcJPj1ytQUjBG4D5x5GmWtT6wVyUZQBJ465TaZkV4xDQsEAbkBsXChvpWSfnHDTl/

--------------------------------------------------------------

MAJLIS PERASMIAN STADIUM MERDEKA

Pada hari ini dalam tahun 1957, Majlis Perasmian Stadium Merdeka telah disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu di Kuala Lumpur. Majlis gilang-gemilang ini dihadiri oleh lebih 15,000 orang hadirin termasuk atlet-atlet sukan dari lapan buah negara. Kerja-kerja pembinaan stadium telah dimulakan pada 25 September 1956 dan perletakan batu asas stadium ini disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 15 Februari 1957. Stadium ini siap dibina pada 21 Ogos 1957. 

Stadium ini menyediakan 22,000 tempat duduk dan 3,000 darinya adalah berbumbung. Stadium ini juga mempunyai 14 buah ‘terowong’ yang merupakan pintu keluar-masuk stadium. Empat buah tiang lampu setinggi 140 kaki juga dibina untuk kegunaan upacara-upacara yang diadakan di waktu malam. Beberapa peristiwa penting terakam di stadium bersejarah ini antaranya pemashyuran kemerdekaan negara pada 31 Ogos, 1957, sehari selepas pembukaannya.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02hHZAQsLw7nL7Vc9gKBXzQctgFkgyR4ug7FF75JhUUAbYnrC6h8P6CrrsqiEBbXsTl/

Pautan artikel lain yang menarik dan berkaitan :-

29 OGOS 1957 KETIBAAN ROMBONGAN DIRAJA BRITAIN DI TANAH MELAYU

TRIVIA PERISTIWA MERDEKA UNTUK UPACARA KEMERDEKAAN

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/08/29-ogos-1957-ketibaan-rombongan-diraja.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...