Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 29 August 2022

29 OGOS 1957 DUKE OF GLOUCESTER TIBA UNTUK UPACARA KEMERDEKAAN

TRIVIA PERISTIWA MERDEKA UNTUK UPACARA KEMERDEKAAN

 

Gambar : Duke dan Duchess Of Gloucester tiba di Stadium Merdeka untuk Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

DUKE OF GLOUCESTER, WAKIL BAGINDA QUEEN TIBA UNTUK UPACARA KEMERDEKAAN

  • "Duke of Gloucester" adalah wakil kepada baginda Queen untuk hadir di Upacara Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
  • Rombongan Diraja Britain tersebut telah diperkenalkan kepada Raja-raja Melayu oleh Sir Donald Mac Gillivray iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu

Pada hari ini dalam tahun 1957, "Duke dan Duchess of Gloucester" serta anaknya Prince William telah tiba di Kuala Lumpur. "Duke of Gloucester" adalah wakil kepada baginda Queen untuk hadir di upacara Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Ketibaan rombongan Diraja Britain di Lapangan Terbang Kuala Lumpur ini telah disambut dengan meriah oleh para pegawai Inggeris dan kaum kerabat Diraja Melayu. Rombongan Diraja Britain tersebut telah diperkenalkan kepada Raja-Raja Melayu oleh Sir Donalad Mac Gillivary, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. 

Rombongan Diraja Britain ini kemudiannya diperkenalkan kepada Tunku Abdul Rahman yang merupakan bakal Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu. Ketibaan wakil baginda Queen, Duke of Gloucester ini adalah satu kenangan manis kepada rakyat Tanah Melayu yang akan mencapai kemerdekaannya dan kenangan pahit bagi Britain yang terpaksa merelakan Tanah Melayu merdeka dan bebas dari pengaruhnya. 

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

21 OGOS 1959 PERDANA MENTERI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...