Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 31 August 2022

31 OGOS 1957 MERDEKA !!!

Pada hari ini dalam tahun 1957, tepat pada detik 12.00 tengah malam, Padang Kelab Selangor di Kuala Lumpur, bergema dan bergemuruh dengan laungan “MERDEKA” yang penuh bersemangat bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Pada keesokan harinya tepat pada jam 9.30 pagi bermula dengan nama Allah dan segala pujian baginya serta salawat dan salam ke atas para Rasul, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, telah mengisytiharkan kemerdekaan ibu pertiwi ini dari penjajahan Inggeris berdasarkan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Di akhir pengisytiharan itu Tunku meneriakkan Merdeka sebanyak tujuh kali dan disambut dengan bergemuruh oleh rakyat yang hadir. Serentak dengan itu bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan, dan diikuti pula dengan seruan azan dan tembakan meriam seratus satu das. Dengan itu berakhirlah penjajahan Inggeris ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Pada jam 5.23 petang hari yang sama, bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivary dan isterinya meninggalkan Persekutuan Tanah Melayu untuk pulang ke England.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pertama kali bendera Malaysia dikibarkan

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum.Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Tonton video penuh di sini - https://fb.watch/fzIjVLXaqY/


Pautan artikel-artikel berkaitan yang menarik di sini :-

30 OGOS 1957 UPACARA PENURUNAN BENDERA UNION JACK



Mengikut Rasul Dan Yakin Kepada Allah


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...