Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Thursday 22 September 2022

07 JUN 1974 PERISTIWA PEMBUNUHAN KETUA POLIS NEGARA YANG KETIGA

 

#Trivia

SEJARAH PEMBUNUHAN KETUA POLIS NEGARA YANG KE-3

Kenalkah tuan/puan wajah di dalam gambar tersebut ?

Beliau adalah Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim, Ketua Polis Negara yang Ketiga pada tahun 1973.

Mari kita kenali siapakah beliau.

Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim, anak kelahiran Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman, di lahirkan pada 7 Julai 1925 di Yan, Kedah.

Beliau telah menyertai pasukan polis sebaik lulus "Senior Cambridge" dari Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar Kedah pada tahun 1940.

Pada 17 Oktober 1941, beliau di lantik sebagai Pegawai Polis Negeri Kedah dengan memegang jawatan sebagai Sub-Inspektor.

Di atas komitmen beliau sebagai seorang pegawai polis, dalam tahun 1952, beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Penguasa Polis Negeri Kedah.

Di antara tahun 1953 hingga 1957, Tan Sri Abdul Rahman Hashim telah mengikuti Kursus Siasatan Jenayah di Mill Meace, England dan Kursus Pegawai Kanan di Ryton-On-Dunsmore, England.

Kerjaya beliau dalam pasukan polis tidak terhenti di situ sahaja apabila dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang dalam tahun 1960, Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1963 dan seterusnya Pengarah Cawangan Khas pada tahun 1971.

Beliau seterusnya menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 31 Januari 1972, dan pada tarikh 1 Februari 1973, Tan Sri Abdul Rahman Hashim diberi penghormatan untuk menggalas tugas yang paling penting dalam pasukan polis apabila beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang Ketiga bagi menggantikan Tun Mohamad Salleh Ismail.

Dalam masa yang sama, beliau menjadi sasaran utama (target) oleh pihak komunis pada ketika itu, antara pegawai polis yang perlu dihapuskan oleh pihak komunis rentetan kejayaan beliau membanteras dan mematahkan setiap siri dan cubaan ancaman komunis terhadap kedaulatan negara.

Pada 7 Jun 1974 jam 7 pagi, negara telah di gemparkan dengan tragedi yang menyayat hati. Pada  ketika itu, beliau bersama Pemangku Sarjan Omar Yunus, iaitu pemandu kenderaan di Jabatan Polis, sedang dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke Hotel Federal Kuala Lumpur, dalam proses mengambil dokumen bagi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Sempadan Umum Thailand - Malaysia, di hotel berkenaan.

Ketika kenderaan yang di pandu oleh Pemangku Sarjan Omar Yunus tiba di persimpangan jalan antara Jalan Perak dan Jalan Weld, 2 orang lelaki secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang beliau naiki.

Tujuh dari sebelas peluru yang mengenai kenderaan, telah menembusi tubuh Tan Sri Abdul Rahman Hashim, manakala, Pemangku Sarjan Omar Yunus mengalami kecederaan parah. Kedua mereka di hantar ke Hospital Kuala Lumpur, namun tidak lama selepas itu, Tan Sri Abdul Rahman Hashim di sahkan meninggal dunia.

2 orang lelaki yang melepaskan tembakan tersebut dipercayai adalah anggota terlatih dari Unit Risikan Sub-Versif Komunis Malaya (pada ketika itu) di bawah pimpinan Rashid Maidin selaku ketua bagi unit tersebut.

Gugurnya bunga bangsa, namun jasa bakti Tan Sri Abdul Rahman Hashim, tidak akan luput dan tidak akan di lupakan oleh rakyat Malaysia.

TABIK HORMAT

Sumber Kredit Fizwan Abdul Halim

https://www.facebook.com/100914372027531/posts/pfbid0HmRB49tLX7tiDutfdWyFvM2vqv2jGUgzoor5J98f9VWELAGfQ4g2RuD9vKpCYx76l/ 

Pautan artikel lain yang menarik :-

07 JUN 1895 SIR HUGH CLIFFORD MENGAKU KALAH

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/08/07-jun-1895-sir-hugh-clifford-mengaku.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...