Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 20 September 2022

19 SEPTEMBER 1972 PENUBUHAN PUSAT PENYELIDIKAN ATOM TUN ISMAIL

 

Pada hari ini dalam tahun 1972, mesyuarat kabinet secara rasmi telah meluluskan  penubuhan Pusat  Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI). Penubuhan PUSPATI diilhamkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman. Menurut beliau, Malaysia perlu memainkan peranan penting dalam pembangunan sains dan teknologi nuklear  untuk kegunaan secara aman.  The ‘Centre for Application of  Nuclear Energy’ (CRANE) menjadi titik permulaan bagi program nuklear di Malaysia yang berfokuskan kepada pembangunan modal insan untuk program kuasa nuklear bagi menyediakan sumber tenaga pilihan akibat “krisis minyak” yang melanda dunia pada awal tahun 1970an. 

PUSPATI telah ditukar nama kepada Unit Tenaga Nuklear (UTN) berikutan peningkatan peranannya dan pada 10 Ogos 1994, UTN ditukar nama kepada Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear (MINT).  Selaras dengan pemantapan visi, misi dan objektifnya, satu identiti baru telah dibentuk dan pada 28 September 2006, MINT dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia).

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

17 SEPTEMBER 1957 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DITERIMA MENJADI AHLI PBB


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...