Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 21 September 2022

20 SEPTEMBER 1955 SETIAUSAHA JAWATANKUASA KOMUNIS RAUB MENYERAH DIRI

Pada hari ini dalam tahun 1955, Miew Pak, Setiausaha Jawatankuasa Komunis bagi daerah Raub, Pahang telah menyerah diri kepada pihak berkuasa Sungai Ruan selepas lebih kurang lapan tahun hidup dalam buruan. Keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengisytiharkan pengampunan kepada mana-mana pengganas komunis yang meletakkan senjata pada 8 September 1955. Beliau merupakan orang keenam dengan jawatan tertinggi dalam komunis yang berbuat sedemikian setakat ini.

Miew Pak yang tinggal di dalam hutan sejak pengganas komunis melancarkan serangan pada tahun 1948, merupakan antara pengganas yang paling dikehendaki di Pahang. Beliau di bawa ke balai polis Sungai Ruan dengan pakaian seragam komunis dan ditahan untuk tindakan selanjutnya. Ini merupakan satu kejayaan besar dalam usaha kerajaan untuk memerangi pengganas komunis di Tanah Melayu.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

08 SEPTEMBER 1955 PERISYTIHARAN PENGAMPUNAN BERAMAI-RAMAI


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...