Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 21 September 2022

20 SEPTEMBER 1985 PERASMIAN PAMERAN SEJARAH JUBLI PERAK SULTAN SELANGOR

 

Pada hari ini dalam tahun 1985, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj, Sultan Selangor telah berkenan mencemar duli merasmikan Pameran Sejarah Jubli Perak pemerintahan baginda di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Pameran anjuran Jabatan Muzium Negara ini bertujuan untuk memastikan sejarah dan kepentingan institusi diraja terus dihormati dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat. Baginda Sultan bertitah bahawa Baginda sangat berdukacita dengan sikap generasi muda terutama yang dilahirkan selepas merdeka yang tidak mengambil kira tentang `Sistem Beraja’. 

Mereka tidak peduli tentang pahit maung dan pengorbanan yang pernah dialami oleh raja-raja yang memerintah sejak zaman Kerajaan Melayu dulu hinggalah datangnya penjajah dan membawa kepada kemerdekaan negeri dan negara. Menurut Baginda lagi, kelunturan semangat mencintai Sistem Beraja dan kurangnya pengetahuan tentang sistem tersebut adalah kerana sikap masyarakat sekarang yang lebih mementingkan kebendaan, beza membezakan dan berlumba-lumba ke arah kepentingan diri sendiri dan apabila keadaan seumpama itu berlaku berlarutan dan tidak dibendung dengan segera, maka menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kurang mencintai Sistem Beraja di negara ini. 

Sesungguhnya dengan adanya pameran Sejarah Jubli Perak pemerintahan Sultan Selangor diharap akan menambahkan pengetahuan orang ramai mengenai Sistem Beraja terutama dalam kalangan generasi muda yang memerlukan banyak pendedahan mengenainya selaras dengan arus pembangunan yang semakin mencabar.
 
Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

22 OGOS 1818 PERJANJIAN PERDAGANGAN INGGERIS - SELANGOR


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...