Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 23 September 2022

23 SEPTEMBER 1958 YDPA MENCEMAR DULI BERANGKAT KE STAR

Pada hari ini dalam tahun 1958, DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mencemar duli berangkat ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Tiger Lane Ipoh, Perak. Ini merupakan lawatan pertama baginda selepas penamaan semula sekolah tersebut kepada nama baginda. Lawatan tersebut adalah bersempena lawatan baginda ke Perak yang berlangsung selama tiga hari bermula 21 hingga 24 September 1958.

Salah satu acara penting lawatan ialah ke STAR. Sempena simbolik lawatan, baginda telah menanam sepohon Pokok Rhu di bulatan di hadapan blok utama sekolah tersebut. Pada 14 Mei 1958, sekolah ini yang dahulunya dikenali sebagai Malay Secondary School ditukar kepada Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), mengambil nama dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Majlis penamaan sekolah disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Sekolah ini ditubuhkan selaras dengan cadangan yang dinyatakan dalam Penyata Razak 1956. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelajar muda Melayu melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini telah didirikan di lima bangunan yang pernah digunakan oleh Rejimen Askar Melayu yang terletak di Baeza Avenue. Pada 1 November 1956, Pejabat Perhutanan Kuala Lumpur diminta untuk membantu mendirikan dua belas bilik darjah baru, enam bilik mandi dan memperbesar dapur. Bangunan-bangunan ini siap dibina pada 18 Januari 1957. Pada 2 Januari 1957 Encik Hamdan Sheikh Tahir mula bekerja sebagai Guru Besar dibantu oleh 15 orang guru bermula pada 7 Januari 1957.

Pada tahun 1958, sekolah ini dipindahkan ke bangunannya sendiri yang terletak di Tiger Lane (sekarang dikenali sebagai Jalan Sultan Azlan Shah). Kawasan sekolah seluas 46 ekar dan dilengkapi dengan enam bangunan asrama dan dua bangunan utama untuk 13 bilik darjah, bangunan pentadbiran, bilik pertukangan, dewan perhimpunan serta dilengkapi dengan tiga ladang, sebuah surau dan sebuah paviliun.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

02 SEPTEMBER 1957 ISTIADAT PERTABALAN DYMM SPB YDP AGONG PERTAMA



16 September 1933 HARI ULANG TAHUN ANGKATAN TENTARA MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...