Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 23 September 2022

23 SEPTEMBER 1999 ISTIADAT PERTABALAN SULTAN SELANGOR SEBAGAI YDPA KE 11

Pada hari ini dalam tahun 1999, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-11 pada istiadat gilang-gemilang di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur. Sultan Salahuddin merupakan Sultan Selangor dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1999 oleh Majlis Raja-Raja Melayu, menggantikan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang menamatkan tempoh pemerintahan pada 25 April 1999.

Turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah. Istiadat itu juga disaksikan oleh Putera Mahkota Brunei Darussalam yang mewakili Sultan Brunei, raja-raja Melayu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Pemangku Raja Selangor dan Raja Perlis, Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak serta Tengku Mahkota Johor. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diputerakan pada 8 Mac 1926 di Istana Bandar, Kuala Langat. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Laksamana Selangor pada 1 Ogos 1946 dan sebagai Raja Muda Selangor pada 13 Mei 1950. Apabila ayahanda baginda Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj mangkat pada 1 September 1960, baginda telah dilantik sebagai Sultan Selangor pada 3 September 1960 dan ditabalkan sebagai Sultan pada 28 Jun 1961.

Baginda mangkat pada 21 November 2001 setelah memerintah negara selama dua tahun enam bulan.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

21 SEPTEMBER 1960 ISTIADAT PERTABALAN RAJA PERLIS SEBAGAI YDPA KETIGA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...