Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 2 October 2022

02 OKTOBER 1964 MAJLIS PELANCARAN KAPAL PERANG K.D HANG TUAH

 

Pada hari ini dalam tahun 1964, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Y.M. Tengku Yaacob Ibni Almarhum Sultan Hamid ke Great Britain, melancarkan sebuah kapal perang baru Angkatan Tentera Laut DiRaja Malaysia yang diberi nama K.D Hang Tuah. Majlis pelancaran ini diadakan di Portmouth England, yang turut dihadiri oleh 'Vice Admiral' F.H.E. Hopkins serta isteri. Kapal yang dahulunya dikenali sebagai HMS Loch Insh ini dibeli oleh Kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk memperkuat serta memperbesarkan lagi angkatan Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Di samping itu juga ia adalah sebagai langkah untuk memperhebatkan lagi kawalan ke atas kawasan perairan Malaysia berikutan dengan ancaman lanun di perairan tanah air yang semakin berleluasa. Usaha ini merupakan rancangan Kementerian Pertahanan yang sedang menambah beberapa buah kapal perang, kapal penyapu periuk api dan melatih rekrut-rekrut baru di dalam angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia sejak tahun 1961. Dengan pelancaran K.D. Hang Tuah menambahkan lagi kekuatan pasukan tentera laut kita dalam usaha mengawal keselamatan negara.

#hariinidalamsejarah #akribnegara


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

28 JULAI 1975 PEMBINAAN KAPAL RONDA KD JERONG


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...