Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 2 October 2022

02 OKTOBER 1976 PERASMIAN HENTIAN PUDU RAYA KUALA LUMPUR

 

Pada hari ini dalam tahun 1976, YAB Perdana Menteri, Dato Hussein Onn, merasmikan Hentian Pudu Raya, Kuala Lumpur. Dahulunya, Hentian Pudu Raya adalah sebuah landasan keretapi yang dibina di kawasan seluas 3 ekar dan terletak 3.5 meter di bawah Jalan Pudu.  Pembinaan Hentian Puduraya yang baru bagi perkhidmatan bas bermula pada tahun 1973 dan siap sepenuhnya pada 1 September 1976. Hentian ini dibina bertujuan menyediakan perkhidmatan bas ke bandar-bandar di seluruh semenanjung Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand.


Perdana Menteri Malaysia Yang Ketiga, Tun Hussein Onn

Selain itu, hentian ini juga dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Hentian ini mempunyai 24 ruang tempat letak bas dan boleh memuatkan sebanyak 40 buah bas. Pada 27 Ogos 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun  Razak merasmikan upacara pelancaran semula dan penamaan Pudu Sentral sebagai nama baru bagi Hentian Puduraya, sejajar dengan permodenan dan naik taraf pusat pengangkutan ini di bawah Program Transformasi Kerajaan bagi meningkatkan perkhidmatannya kepada rakyat.


"Orang ramai bersesak menaiki bas untuk pulang ke kampung halaman mereka bagi menyambut Aidilfitri yang dirakam di Terminat Bas Puduraya pada September 1976"

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


----------------------------------------------------------

HENTIAN PUDURAYA KINI PUDU SENTRAL...

Hentian Puduraya merupakan terminal bas yang cukup popular dan penuh nostalgia bagi kebanyakan orang khususnya buat anak² perantauan yang mencari rezeki mahupun menuntut ilmu di Ibukota Kuala Lumpur pada suatu masa dahulu.

Koleksi Gambar-gambar di Hentian Puduraya








Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Ikon Pemodenan Pengangkutan Awam


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...