Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 3 October 2022

03 OKTOBER 1992 PERASMIAN MAKTAB PERGURUAN ISLAM (MPI) BANGI

Pada hari ini dalam tahun 1992, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj berkenan merasmikan Maktab Perguruan Islam (MPI) di Bangi, Selangor. Sejarah penubuhan MPI merupakan satu unit Pendidikan Agama Islam di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras, Kuala Lumpur pada bulan Februari 1977 dan menawarkan kursus kepada 87 orang pelatih dengan tiga orang pensyarah. Kursus yang ditawarkan ialah Kursus Perguruan Sekolah Menengah sahaja. Pada 25 April 1977, MPI ditubuhkan secara rasmi dan berpindah dari MPIK ke bangunan Institut Bahasa sehingga November 1977.

MPI berpindah buat kali kedua ke bangunan Universiti Kebangsaan Malaysia di Petaling Jaya pada bulan November 1977 hingga April 1983. Daripada Mei 1983, MPI berpindah di bangunan UKM, Lembah Pantai Kuala Lumpur, sementara menunggu bangunan baru maktab siap di Bangi, Selangor Darul Ehsan. Pembinaan kampus baru MPI telah dirancangkan di dalam Rancangan Malaysia ke 3 dan kerja-kerja pembinaan dimulakan di dalam Rancangan Malaysia Kelima. Pada 14 Julai 1990, MPI berpindah ke bangunan kampus baru di Bangi. Pada 1 April 2006 nama MPI ditukar kepada Institut Perguruan Islam, Selangor (IPI) melalui satu pengistiharan yang dibuat di Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Kota Semarahan. Pada 13 Julai 2005, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju menaikkan taraf Maktab-maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

20 SEPTEMBER 1985 PERASMIAN PAMERAN SEJARAH JUBLI PERAK SULTAN SELANGOR



01 OKTOBER 2004 MAJLIS PERASMIAN MASJID AL-MUHTADIN DAMANSARA DAMAI


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...