Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 6 October 2022

05 OKTOBER 1957 MAJLIS KERJA TERTINGGI PERIKATAN TANAH MELAYU

 

Pada hari ini dalam tahun 1957, Perikatan Tanah Melayu, yang terdiri dari parti-parti UMNO, MCA dan MIC telah membentuk Majlis Kerja Tertinggi. Majlis ini dianggotai oleh 6 orang daripada UMNO, 5 orang daripada MCA dan 3 orang daripada MIC. Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama sebagai Pengerusi manakala Encik T.H.Tan sebagai Setiausaha.

Majlis Kerja Tertinggi telah diberi mandat untuk menentukan dasar kerajaan dalam bidang ekonomi sosial, pelajaran dan pembangunan. Objektif Majlis Kerja Tertinggi Perikatan tercapai apabila Parti Perikatan menang besar dalam Pilihanraya Umum 1959. Kerjasama yang rapat di antara pemimpin daripada parti UMNO-MCA-MIC ini telah dapat menyelesaikan sebarang perselisihan faham bagi menjamin kemerdekaan negara dipertahankan.



The 1st Cabinet Meeting 10 September 1957

Seated left to right : Abdul Aziz Ishak, V.T. Sambathan, Dato' Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman, Col H.S. Lee, Sulaiman Abdul Rahman, Sardon Jubir.
Standing left to right : Ong Yoke Lin, Abdul Rahman Talib, Mohd Khir Johari, Tan Siew Sin, Bahaman Samsudin

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

03 OKTOBER 1957 PERJANJIAN PERTAHANAN TANAH MELAYU - BRITISH


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...