Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 14 October 2022

13 OKTOBER 2003 PENGHARGAAN SEBAGAI ARKITEK PUTRAJAYA

 

Pada hari ini dalam tahun 2003, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad diberi penghargaan sebagai Arkitek Putrajaya. Penghargaan ini diberikan oleh Putrajaya Holding Sdn. Bhd, pihak berkuasa tempatan dan pemaju Putrajaya dalam satu majlis jamuan khas yang diadakan di Hotel Shangri-La, Putrajaya. Perdana Menteri menerima penghargaan ini di atas usahanya membangunkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya sehingga menjadi bandar raya taman pintar.

Di majlis yang sama, Dr. Mahathir turut diberikan dua buah buku berjudul The Making of Putrajaya: The Developers Perspective (1995-2002) dan Bridges of Putrajaya, sebagai tanda penghargaan kerana kepimpinannya serta panduan yang diberikan dalam membangunkan Putrajaya. Sesungguhnya, penghargaan ini amat bertepatan di atas usaha Dr. Mahathir yang membangunkan Putrajaya dengan penuh kreatif dan berwawasan.

#hariinidalamsejarah

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02fUjq2RBLFyLJx5H35bXr5tWisEiu4hLG859GeFXGhtV6fMWag6wDS6SYMzbg3oe1l/

Pautan artikel yang berkaitan :-

09 OKTOBER 1997 PELANCARAN BANDARAYA BARU PUTRAJAYA

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/10/09-oktober-1997-pelancaran-bandaraya.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...