Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 11 October 2022

09 OKTOBER 1997 PELANCARAN BANDARAYA BARU PUTRAJAYA

 

Pada hari ini dalam tahun 1997, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir telah melancarkan bandaraya baru Putrajaya bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Putrajaya yang berkeluasan 4,581 hektar ini dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. terletak 25 kilometer ke selatan Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan sebuah ladang kelapa sawit dan getah yang dikenali sebagai Prang Besar. Pada 12 Oktober 1994, Kabinet telah memutuskan untuk menggubah nama Prang Besar kepada Putrajaya sebagai menghormati Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra.

Ketika berucap pada majlis pelancaran itu juga Perdana Menteri menyatakan Putrajaya akan mencerminkan ciri-ciri dan semangat Malaysia di samping menjadi satu lagi mercu tanda yang memperlihatkan keupayaan Malaysia dalam pembangunan bandar, khususnya dalam membina bandaraya untuk kerajaan dan rakyat. Bahagian Keselamatan Negara dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri merupakan pejabat kerajaan yang pertama memulakan operasi di Kompleks Pejabat Perdana Menteri. Sesungguhnya, hasil daripada perancangan teliti menggabungkan reka bentuk moden, tradisional dan campuran serta mengekalkan konsep kehijauan telah menjadikan Putrajaya sebuah perbandaran yang paling moden di rantau ini.

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid034hJGhc9BY6Jq2imEygaHuXmbYSJzteLE6HbfWLfQw2hfTLXDtoJgdZPAxhwf7orXl/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...