Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 11 October 2022

09 OKTOBER 1983 PERASMIAN IBU PEJABAT LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN

 

Pada hari ini dalam tahun 1983, ibu pejabat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad di Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur. FELDA merupakan sebuah agensi pembangunan tanah yang ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956 hasil daripada syor Jawatankuasa Kerja Kerajaan. Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri menggesa para peneroka berusaha memajukan tanah milik mereka dan tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.

Menurutnya, sikap ini akan melemahkan Kerajaan dan para peneroka itu sendiri. Dimajlis yang sama, beliau telah menyampaikan Pingat Semai Bakti kepada kakitangan FELDA dan Pingat Emas kepada Ketua-Ketua Peneroka. Sesungguhnya Ibu Pejabat FELDA ini menjadi titik permulaan kepada tekad dan kegigihan yang tinggi bukan sahaja kepada organisasi FELDA malah kepada para peneroka dan masyarakat desa amnya.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

20 SEPTEMBER 2005 PERASMIAN MUZIUM FELDA LURAH BILUT PAHANG


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...