Pada hari ini dalam tahun 2008, kapal selam kedua Malaysia yang diberi nama “Tun Razak” telah dilancarkan oleh DYMM Tuanku Nur Zahirah binti Adil Bakeri, Raja Pemaisuri Agong di Limbungan Navantia, Cartagena, Sepanyol. Turut berkenan hadir dalam majlis tersebut ialah DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong. Kapal selam tersebut dinamakan sempena nama mantan Perdana Menteri Malaysia, YABhg. Tun Abdul Razak bin Hussein.
Kapal selam moden ini dilengkapi dengan senjata terkini, kemampuan menyelam lebih lama dan dalam, kelajuan tinggi, bunyi yang senyap, pengurusan sistem peperangan terkini serta menggunakan diesel dan elektrik sebagai sumber tenaga. Pelancarannya telah membuktikan iltizam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk terus meningkatkan kekuatannya dalam mempertahankan kedaulatan negara di samping mengawasi keselamatan maritim yang semakin mencabar dari semasa ke semasa.
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment