Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 15 October 2022

16 OKTOBER 1965 PERASMIAN JAMBATAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

 

Pada hari ini dalam tahun 1965, Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, merasmikan sebuah jambatan di Prai, Pulau Pinang. Jambatan itu diberi nama Jambatan Tunku Abdul Rahman Putra, mengambil sempena nama beliau. Turut hadir di upacara bersejarah itu ialah Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom, Dato' V.T. Sambanthan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato' Wong Pow Nee. Dalam ucapan perasmiannya, YTM Tunku menyatakan beberapa usaha telah dilakukan untuk memajukan pelabuhan Pulau Pinang.

Beliau juga menyampaikan hasrat kerajaan untuk membina sebuah tambak yang menghubungi Pulau Pinang dengan Tanah Besar Semenanjung bagi meningkatkan lagi perkembangan ekonomi di Pulau Pinang khasnya dan negara amnya. Kini, hasrat kerajaan itu telah menjadi kenyataan apabila Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di  Seberang Prai, siap dibina pada 1985.

#hariinidalamsejarah #akribnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

23 SEPTEMBER 1959 PEMBUKAAN PENGKALAN FERI PULAU PINANG & BUTTERWORTH


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...