Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 15 October 2022

15 OKTOBER 1948 SISTEM PENDAFTARAN PENDUDUK BAGI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

 

Pada hari ini 15.10.1948, satu persetujuan telah dicapai antara negeri-negeri dalam Persekutuan untuk menggunakan sistem pendaftaran penduduk yang sama bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Sistem pendaftaran itu pada mulanya diperkenalkan akibat daripada tercetusnya kekacauan yang ditimbulkan oleh pengganas komunis pada pertengahan tahun 1948. Ia mula diperkenalkan oleh pihak Pengawasan Imigresen untuk menghalang penyeludupan masuk pengganas dari sempadan Siam. Sistem pendaftaran tersebut perlu untuk mengawal penempatan di kawasan sempadan yang sering menjadi tempat kemasukan pengganas dan juga kawasan pantai yang menjadi tempat pendaratan pendatang haram.

Oleh itu, pihak Pesuruhjaya Residen Pulau Pinang telah dipertanggungjawabkan untuk menyedia dan memperkenalkan sistem pendaftaran yang seragam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Dengan persetujuan itu pada hari ini dalam tahun 1948, maka negeri-negeri dalam Persekutuan mula memperkenalkannya secara berperingkat dan telah dapat membantu masalah kemasukan haram pengganas komunis di sempadan serta mengawal kemasukan pendatang haram ke Wilayah Persekutuan Tanah Melayu.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

27 OGOS 1952 RAYUAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI BRITISH


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...