Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 15 October 2022

15 OKTOBER 2012 PELAN DAMAI KERAJAAN FILIPINA DENGAN MILF

 

Pada hari ini dalam tahun 2012, Malaysia menjadi perantara sehingga temeterinya Pelan Damai Kerajaan Filipina dengan Barisan Bertindak Islam Moro (MILF) yang berlangsung di Dewan Rizal, Istana Malacanang, Manila. Detik bersejarah ini mengakhiri sengketa lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina. Malaysia menjadi pengantara perundingan damai di antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober 2011.

Malaysia juga memberi jaminan untuk bersama rakyat Filipina dalam memastikan kerangka perjanjian damai ini berjalan lancar. Malaysia berharap dengan adanya pelan damai ini, amalan beragama dan hak untuk hidup bersama tidak lagi menjadi isu konflik dan penduduk berbagai agama dapat disatukan di bawah nilai-nilai dan perlembagaan yang sama. Perjanjian bersejarah yang disifatkan sebagai 'perjanjian teras' ini menandakan permulaan era baru bagi penubuhan entiti baru Bangsamoro yang bakal menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

Lanskap : ‘Banaue Rice Terraces’ Semakin Popular Kerana Thanos


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...