Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 23 October 2022

22 OKTOBER 1984 PEMBUKAAN KAMPUS UTAMA INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA

Pada hari ini dalam tahun 1984, Perdana Menteri, YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan pembukaan Kampus Utama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kampus yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur ini dilengkapi dengan kemudahan yang serba moden dan lengkap serta berkeupayaan menampung perkembangan pesat INTAN. Kepentingan keperluan latihan kepada pegawai-pegawai pentadbir di negara ini telah pun disedari sejak tahun 1950-an lagi. Pusat Latihan pertama ditubuhkan di Port Dickson pada tahun 1959.

Pada tahun 1963, sebuah Dewan Latihan Pegawai-Pegawai Kerajaan ditubuhkan dengan bantuan Kerajaan New Zealand dan Rancangan Colombo. Pada 1 September 1972, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang terletak di Jalan Elmu, Petaling Jaya dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Penubuhan institut ini adalah hasil daripada satu laporan yang dikeluarkan oleh Unit Kemajuan Pentadbiran, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1969. Laporan tersebut mengesyorkan penubuhan sebuah institut yang benar-benar berorientasikan pembangunan bagi memberi latihan pengurusan kepada pegawai-pegawai di semua peringkat dalam pentadbiran agensi kerajaan, dan seterusnya pada tahun 1984 sebuah kampus utama yang lengkap telah dirasmikan oleh Perdana Menteri.

Sesungguhnya penubuhan INTAN telah membantu menjadikan perkhidmatan awam sebagai sebuah institusi latihan yang disegani dan dikenali di luar negara.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

19 SEPTEMBER 1963 PEMBUKAAN PUSAT LATIHAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...