Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 27 October 2022

27 OKTOBER 1963 PENGUMUMAN RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN SARAWAK

Pada hari ini dalam tahun 1963, Rangka Rancangan Pembangunan Lima Tahun Sarawak telah diumumkan di Kuching, Sarawak oleh YAB Encik Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri. Rancangan Pembangunan Lima Tahun Sarawak ini merupakan rancangan ekonomi pertama yang disusun meliputi keseluruhan negeri Sarawak. Ia kemudian dibentangkan dalam satu sidang khas Majlis Negeri. Rancangan tersebut banyak mencontohi projek- projek pembangunan yang telah disusun untuk Malaysia.

Rancangan Pembangunan ini memperuntukkan sebanyak $109 juta ringgit bagi sektor pertanian dan $110 juta ringgit bagi bidang pengangkutan. Rangka Rancangan Pembangunan Lima Tahun Sarawak tersebut dibentuk selaras dengan dasar kerajaan untuk memperbaiki kehidupan para petani di samping menyediakan lebih banyak perkhidmatan untuk kemudahan rakyat Sarawak.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

24 SEPTEMBER 1941 PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN NEGERI SARAWAK



No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...