Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 30 October 2022

30 OKTOBER 1987 PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN WISMA SULTAN AHMAD SHAH


Wisma Sultan Ahmad Shah pernah berfungsi sebagai bangunan pentadbiran DARA yang dibuka pada 1987

Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara atau DARA diumumkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1971. Semasa pembukaan kawasan ini kerajaan berhasrat untuk menjadikan kawasan di Pahang Tenggara ini sebagai nadi bagi rancangan pembangunan tanah raksasa di Negeri Pahang. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab kepada pembangunan kawasan Tenggara Pahang, sebuah bangunan pentadbiran baru bagi DARA yang dinamakan Wisma Sultan Ahmad Shah telah dibuka dengan rasminya pada hari ini 30 Oktober 1987.

Bangunan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Di upacara perasmian tersebut Baginda Sultan bertitah bahawa perasmian bangunan ini telah mencatatkan satu lagi detik sejarah dalam arus pembangunan Negeri Pahang Darul Makmur. Baginda berharap bangunan ini akan menjadi simbol kemegahan dan kemakmuran Pahang serta mengisi kehendak dan keperluan rakyat yang selama ini sangat dahagakan sosio-ekonomi bagi mempertingkatkan lagi taraf hidup mereka. Bangunan Wisma Sultan Ahmad Shah merupakan pusat pentadbiran bagi keseluruhan kawasan Wilayah Pahang Tenggara dan menjadi penggerak utama program dan aktiviti pembangunan wilayah ini.

Bangunan 4 tingkat ini didirikan di kawasan seluas 128,459 kaki persegi dan berharga kira-kira RM13 juta. Pembinaanya telah dimulakan pada 16 Oktober 1981 akan siap sepenuhnya pada 14 September 1984. Pada mulanya bangunan ini dikenali dengan nama 'Wisma DARA’ sehinggalah perasmiannya disempurnakan oleh DYMM Sultan Pahang pada hari ini dan namanya juga turut dirasmikan pada hari ini kepada 'Wisma Sultan Ahmad Shah’ mengambil sempena nama Baginda Sultan. Dengan terbinanya bangunan Wisma Sultan Ahmad Shah ini, pegawai dan kakitangan DARA akan dapat memberikan perkhidmatan mereka dengan lebih baik dalam tugas harian mereka juga memberikan sumbangan dan bakti kepada seluruh aspek kehidupan sosio-ekonomi-budaya demi menaikkan taraf hidup penduduk Wilayah Pahang Tenggara.

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0UeFC2TejPmtPtzy3DfvpizXTo3VJN2HiLKAUbtFPjVfFUHxSx9c7TYU8yXtSxbkZl/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

21 OKTOBER 1976 PERASMIAN MUZIUM SULTAN ABU BAKAR DI PEKAN PAHANG


https://normanhafizi.blogspot.com/2022/10/21-oktober-1976-perasmian-muzium-sultan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...