Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 30 October 2022

30 OKTOBER 1957 PERASMIAN PENUBUHAN PARTI PERIKATAN DI TANAH MELAYU

 

Pada hari ini 30.10.1957, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC dengan rasminya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi politik. Pendaftaran secara rasmi Parti Perikatan ini menjadikan Parti tersebut sebagai sebuah badan yang sah dan dapat bergerak sebagai sebuah parti pemerintah sehingga membentuk satu asas yang kukuh . Parti Perikatan yang telah ditubuhkan dalam tahun 1951 adalah merupakan satu gabungan dua buah parti politik yang besar di Persekutuan Tanah Melayu iaitu UMNO, dan MCA.

Pada masa itu Sir Tan Cheng Lock manjadi ketua MCA dan Tengku Abdul Rahman Putra menjadi ketua UMNO. Dalam tahun 1955 parti MIC pula yang diketuai oleh Datuk Sambanthan telah menyertai Parti Perikatan ini. Mengikut perlembagaan Parti Perikatan yang didaftarkan ini, keahliannya terbuka kepada sebarang parti yang bersifat kebangsaan. Sementara itu sebuah Majlis Kebangsaan yang mengandungi 16 orang wakil daripada UMNO, 16 orang wakil daripada MCA dan 6 orang wakil daripada MIC adalah bertanggungjawab mengelolakan parti ini.

Parti Perikatan Tanah Melayu telah membentuk aliran sejarah negara ini dan permulaan perjuangannya ialah menuntut, mendapat dan menegakkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Pada hari ini dalam tahun 1957 Parti ini telah didaftarkan sebagai organisasi politik yang sah dan mempunyai matlamat perjuangannya. Parti Perikatan ini seterusnya mencatitkan sejarah negara ini dengan terbentuknya Persekutuan Malaysia pada 16 hb. September 1963. Walau bagaimanapun sebagai sebuah parti politik, Parti Perikatan tidak terhindar daripada menempuh beberapa kesulitan.

Sebagai contohnya Parti Perikatan sebagai parti pemerintah terpaksa melepaskan Singapura dalam tahun 1965 menjadikannya sebagai sebuah negara yang merdeka. Setelah memikirkan demi kepentingan masa depan rakyat di negara ini. Satu lagi cabaran yang paling berat yang dihadapi oleh Parti Perikatan ialah pada tahun 1969 iaitu dengan tercetusnya Peristiwa 13 Mei

Selepas daripada tragedi tersebut, Parti Perikatan ini telah pun dijenamakan semula sebagai Barisan Nasional (BN) yang dipengerusikan sendiri oleh Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Kedua bagi menggantikan Tunku Abdul Rahman.

Walaubagaimanapun dengan kebijaksanaan pemimpin Perikatan, keadaan negara telah dapat dipulihkan seperti biasa dan menegakkan kembali pemerintahan demokrasi di negara ini. Namun parti ini telah kalah semasa pilihanraya ke 14 akibat fitnah, adu domba daripada pihak pembangkang yang cemburukan setiap kejayaan yang telah dan pernah dicapai oleh Barisan Nasional (BN) sepanjang pentadbiran di Malaysia sejak merdeka 1957 sehingga tahun 2018.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

05 OKTOBER 1957 MAJLIS KERJA TERTINGGI PERIKATAN TANAH MELAYU



PERISTIWA PADA 09 MEI 2018


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...