Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 2 November 2022

01 NOVEMBER 1983 BANGUNAN MUZIUM NEGERI SABAH SIAP DIBINA

Pada hari ini dalam tahun 1983, bangunan Muzium Negeri Sabah telah siap dibina. Muzium Negeri Sabah ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bangunan berharga $31.2 juta ringgit meliputi kewasan seluas 20,000 meter persegi. Bangunan ini mula dibina pada tahun 1981 untuk menempatkan pejabat, balai pameran dan muzium. Sebelum ini Muzium Negeri Sabah tidak mempunyai bangunan sendiri dan seringkali berpindah dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. 

Bangunan Muzium Negeri Sabah yang terletak di Bukit Istana Lama itu kini merupakan salah satu tempat yang menarik bagi para pelawat ke negeri Sabah. Sesuai dengan sejarah Muzium Sabah sendiri yang telah wujud sejak tahun 1886 semasa di bawah pentadbiran Inggeris (Chartered Company) maka tentunya banyak koleksi-koleksi yang telah dapat dikumpul dan disimpan. Pembinaan bangunan Muzium Negeri Sabah ini telah mencipta sejarah baru bagi negeri ini kerana mempunyai bangunan muzium yang tersendiri dan unik.

Sumber : Arkib Negara Malaysia



YDP AGONG MERASMIKAN BANGUNAN BARU MUZIUM SABAH

Pada 11 April 1984, DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah berkenan mencemar duli merasmikan Muzium Sabah di Bukit Istana Lama, Kota Kinablau.

Rentetan penting peristiwa ini :
  • Muzium berharga RM31.2 juta ini mula dibina pada 01 Jun 1981 dan siap pada November 1983 di atas kawasan seluas 20,000 meter persegi. Pembinaannya adalah atas inisiatif Ketua Menteri Sabah.
  • Datuk Harris Mohd Salleh dalam tahun 1979 setelah bangunan muzium di Jalan Penampang dijadikan bangunan pejabat kerajaan. Pelbagai khazanah tersimpan di muzium ini antaranya gambar-gambar Borneo Utara sekitar tahun 1909 ketika di bawah pemerintahan Chartered Company
  • Dengan adanya muzium ini, masyarakat dapat meningkatkan lagi penghargaan masyarakat terhadap sejarah dan kepelbagaian kebudayaan di Negeri Sabah

25 OKTOBER 1985 PERASMIAN MUZIUM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA YANG BAHARU


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...