Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 2 November 2022

01 NOVEMBER 2010 MAJLIS SAMBUTAN KETIBAAN PERTAMA PESAWAT BOEING B737-800

 

Pada hari ini dalam tahun 2010, Majlis Sambutan Ketibaan Pertama Pesawat Boeing B737-800 generasi terbaharu diadakan di Terminal Skypark, Subang, Selangor. Penerbangan Malaysia (MAS) menjadi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh pertama di dunia mengendalikan pesawat Boeing 737-800 dilengkapi reka bentuk dalaman Boeing Skyline. MAS menerima pesawat Boeing 737-800 yang ditempah menerusi program penggantian pesawat di bawah Pelan Transformasi Perniagaan. 

Sebanyak 55 pesawat Boeing 737-800, 25 pesawat Airbus A330-300 dan enam Airbus A380 telah ditempah dan setiap pesawat dianggarkan bernilai AS$70 juta (RM215 juta) serta mempunyai kapasiti 160 penumpang. Penerbangan sulung pesawat tersebut dijadualkan pada 15 November 2010 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu diikuti penerbangan komersial dari Kota Kinabalu ke Haneda, Jepun. Sesungguhnya ketibaan pesawat Boeing 737- 800 meletakkan MAS pada landasan kukuh menjadi syarikat penerbangan lima bintang.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

05 OKTOBER 1993 PESAWAT PERTAMA BUATAN MALAYSIA EAGLE X-TS


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...