Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 4 November 2022

04 NOVEMBER 1998 PELANCARAN PEPIJAT ALAF (Y2K)

 

Pada hari ini dalam tahun 1998, pelancaran detik menjelang Masalah Tahun 2000 (Y2K) atau lebih dikenali sebagai pepijat alaf disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri di Pusat Pameran The Mines, Seri Kembangan, Selangor. Pelancaran tersebut dilakukan sempena Pameran dan Persidangan Telekomunikasi ASEAN 1998 (Telecom ASEAN 1998). Sempena pelancaran tersebut, Ekspo dan Forum Y2K – Penyelesaian Bagi Alaf Baru turut diadakan dan dikelola oleh Pasukan Projek Y2K Negara di bawah Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. 

Berbaki 423 hari sebelum 1 Januari 2000, pameran tersebut memberi peluang terbaik kepada organisasi besar dan kecil mencari penyelesaian terkini bagi isu Y2K bermula pada komputer peribadi sehinggalah ke alatan komputer yang lebih besar dan canggih. Masalah Y2K berpunca daripada kegagalan sistem perkomputeran yang hanya bergantung kepada perkiraan tarikh untuk mengenali kedatangan hari pertama alaf baharu.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain :-

04 NOVEMBER 2000 PERAYAAN JUBLI EMAS RIDA-MARA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...