Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 6 November 2022

05 NOVEMBER 2003 PELAN KEWIBAWAAN NASIONAL

 

Pada hari ini dalam tahun 2003, YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mengumumkan, Kerajaan akan menubuhkan Institut Etika Awam serta melaksanakan Pelan Kewibawaan Nasional ke arah menggalakkan urus tadbir yang berkesan, akauntabiliti serta kecekapan sektor awam dan swasta. Menurut Perdana Menteri, langkah itu selaras dengan penekanan ke arah mengurangkan karenah birokrasi, memantapkan perkhidmatan awam dan membanteras rasuah dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada rakyat.

Bagi menjayakannya, semua Kementerian perlu menubuhkan pasukan petugas bagi mencari jalan mengurangkan karenah birokrasi di semua jabatan di bawah kementerian masing-masing. Penubuhan Institut Etika Awam ini dapat membantu Malaysia ke arah mencapai negara berintegriti tinggi yang berdaya tahan dan mengamalkan nilai-nilai sejagat serta memperteguhkan tadbir urus dalam kalangan masyarakat.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

22 OKTOBER 1984 PEMBUKAAN KAMPUS UTAMA INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...