Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Sunday 6 November 2022

06 NOVEMBER 1916 MIQAT BIR ALI

 Abyar Ali @ Bir Ali (Telaga Ali)


(Kalau kita singgah di Bir Ali, ingatkan bahawa empunya nama inilah yang syahid mati dibunuh oleh British) 

Inilah Tempat Miqat yang jemaah Umrah pasti tidak asing bagi mereka...

Abyar Ali Atau Bir Ali (Telaga Ali) 

Nama ini diambil dari nama Al Marhum Sultan Ali Dinar Rahimahullah...

Baginda merupakan sultan terakhir bagi kerajaan Sultanah Darfur al Islamiah saat itu..
(Darfur saat ini merupakan Salah sebuah wilayah di Sudan)

Bagindalah yang menyarungkan Kaabah dengan kain kiswah yang diperbuat dari sutera..
Pada saat negara umat Islam yang lain tidak mampu untuk melakukannya...

Baginda mengutuskan setiap tahun kain kiswah untuk disarungkan pada Kaabah selama 20 tahun lamanya..

Bahkan lebih dari itu, baginda juga yang mengarahkan agar digali sebuah telaga air buat kegunaan jemaah haji dan Umrah di Bir Ali...

Apabila telaga itu digali dan dimanfaatkan oleh umat Islam, lalu umat Islam meletakkan pada telaga itu dengan namanya....

Sehingga kini kekal namanya disebut-sebut oleh jemaah haji dan umrah..Miqat Bir Ali

Al Marhum Ali Dinar memerintah dengan adil....
Baginda dapat membasmi kemiskinan rakyatnya...
Seluruh rakyatnya memiliki tanah dan binatang ternakan....

Saat itu, zakat negaranya disumbangkan ke barat dan ke timur.

Dikatakan  negara  pimpinannya di Darfur ukurannya sebesar bumi Perancis saat ini sebelum datangnya penjajah British...

Maka, apabila datangnya British..Habis dicuri segala khazanah yang terdapat dalam negaranya....

Dipendekkan cerita, 

Akhir sekali baginda syahid pada saat menentang penjajah British dalam peristiwa Perang Barangay

Iaitu 6 November 1916, ketika itu British dapat mengenal pasti titik lokasi al Marhum Sultan Ali Dinar,

Lalu diserang menggunakan pesawat tempur,

Maka gugurlah baginda syahid demi mempertahankan tanah airnya dari penjajah British....

Semoga Allah merahmati baginda dan dimasukkan di dalam golongan orang-orang yang soleh

Aamiin..

علي دينار آخر سلاطين سلطنة دارفور الإسلامية ، كسا الكعبة بالحرير حين عجزت الأمة كلها أن تفعل ذلك . وظل طوال عشرين عاماً يرسل كسوة الكعبة إلى مكة المكرمة، وقام بحفر " أبيار علي " التي تحمل إسمه حتى اليوم في ميقات أهل المدينة المنورة للحج و العمرة..

عمل السلطان علي دينار على إرساء الحكم الراشد و دولة العدل ، و قضى على الفقر في سلطنته و أصبح جميع أبناء شعبه من ملاك المواشي و الأراضي ..و كان يرسل أموال الزكاة شرقاً و غرباً ويحكم أرضا مساحتها بحجم فرنسا ، قبل أن تقوم بريطانيا باحتلالها و ونهب خيراتها ..
 قاوم السلطان علي دينار و حافظ على استقلال دولته بعد سقوط الدولة المهدية لقرابة 20 عامًا ، إلى أن استشهد في معركة "برنجية" ضد الغزاة البريطانيين في 6 نوفمبر 1916، حين تمكنت طائرات الإحتلال من تشتيت قواته وقتله رفقة عدد من قادته ومرافقيه.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

9 Fakta Tentang Kaabah



ASAL USUL HAJAR ASWAD


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...