Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 10 November 2022

09 NOVEMBER 2007 PENTAULIAHAN ANGKASAWAN NEGARA MALAYSIA OLEH KERAJAAN RUSSIA

 

Pada hari ini dalam tahun 2007, Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bin Sheikh Mustapha dan Mejar Dr. Faiz bin Khaleed ditauliahkan sebagai cosmonaut (angkasawan) oleh kerajaan Russia. Pentauliahan dilakukan oleh Anatoly Perminov, Pengerusi Agensi Angkasa Persekutuan Rusia di Star City, Rusia. Dr. Muszaphar dan Dr. Faiz juga diiktiraf sebagai angkasawan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA). 

Penghantaran angkasawan ke angkasa lepas merupakan program timbal balas ke atas pembelian jet Sukhoi SU-30 MKN berharga RM3.2 bilion oleh Malaysia. Kerajaan Rusia bersetuju untuk melatih dua orang rakyat Malaysia dan salah seorang akan dihantar ke ISS manakala seorang lagi sebagai simpanan. Pada 10 Oktober 2007, Dr. Sheikh Muszaphar bersama Yuri Malenchenko, jurutera penerbangan dari Rusia dan komander Peggy Wilson dari Amerika Syarikat menaiki pesawat Soyuz TMA-11 ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

KAPSUL SOYUZ TMA-10 SELAMAT MENDARAT DI KAZAKHSTAN


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...