Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 10 November 2022

09 NOVEMBER 1975 PERASMIAN KILANG KELAPA SAWIT PERBADANAN LADANG-LADANG TABUNG HAJI

 

Pada hari ini dalam tahun 1975, majlis perasmian kilang kelapa sawit milik Perbadanan Ladang-Ladang Tabung Haji, sebuah agensi Lembaga Urusan dan Tabung Haji disempurnakan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri di Keratong, Pahang. Turut hadir dalam upacara ini ialah Menteri Perdagangan dan Perindustrian; YB Datuk Hamzah Abu Samah, Menteri Besar Pahang; YAB Datuk Mohamad Jusoh dan Dato' Hussein Nordin dari Pengerusi Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Kilang yang berharga kira-kira $12 juta ini dibina dengan menggunakan sumber kewangan daripada simpanan seramai kira-kira 250,000 orang ahli Lembaga Tabung Haji. 

Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri memuji segala usaha Tabung Haji dalam membina kilang ini lebih-lebih lagi dengan menggunakan sumber kewangan sendiri iaitu dari simpanan ahli-ahlinya seramai kira-kira 250,000 orang. Di samping itu, beliau turut menyeru agar badan dan agensi kerajaan yang lain untuk mencontohi Tabung Haji dalam usaha melaksanakan sesuatu projek bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara. 

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

26 SEPTEMBER 1963 PEMBENTUKAN TABUNG SIMPANAN BAKAL-BAKAL HAJI


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...