Dr Charles Best (kiri) dan Frederick Banting (kanan) yang berjaya "menemui" rawatan insulin untuk T1DM, seratus tahun yang lepas, dan seterusnya merevolusikan rawatan T1DM. Sebelum itu, anak T1DM tiada rawatan dan hanya "menunggu masa mati".
Hari Diabetes Sedunia, 14 November
10 Fakta berkenaan diabetes & kanak-kanak
Sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia yang disambut setiap 14 November
- Type 1 Diabetes, T1DM (Kencing manis jenis 1) adalah yang paling biasa berlaku (most common) di kalangan kanak-kanak dan perlu suntikan insulin seumur hidup (setakat kajian semasa)
- T1DM berlaku disebabkan fenomena auto-imuniti di samping faktor genetik dan persekitaran (seperti jangkitan kuman) yang membawa kepada kerosakan kalenjar pankreas dan seterusnya diabetes
- Type 2 Diabetes, T2DM (Kencing manis jenis 2) berlaku akibat kerintangan insulin disebabkan oleh masalah OBESITI (kegemukan) di kalangan kanak-kanak
- Trend (prevalence) T2DM meningkat selaras dengan peningkatan trend obesiti dan ini amat membimbangkan. T2DM dan obesiti boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal
- Segelintir kanak-kanak menghidapi diabetes akibat masalah genetik (seperti Neonatal diabetes, MODY), komplikasi penyakit talasemia atau punca lain yang menyebabkan kegagalan kalenjar pankreas menghasilkan insulin
- Kanak-kanak juga boleh dapat komplikasi DKA (diabetes ketoacidosis) yang mengancam nyawa, dengan tanda seperti muntah, sakit perut, sesak nafas dan keletihan (ketika pertama kali didiagnosa sebagai diabetes)
- Komplikasi jangka masa panjang termasuk kerosakan organ seperti mata, buah pinggang (dialisis), jantung, otak, saraf dan salur darah, jika diabetes tidak dikawal dengan baik
- Pandemik COVID-19 juga mencatatkan kenaikan kes T1DM dengan ramalan jangkitan COVID mencetus auto-imuniti membawa kepada T1DM (dalam kajian)
- Pesakit diabetes perlu rawatan termasuk suntikan insulin (T1DM), ubat makan (T2DM, NDM), pemeriksaan gula, diet / nutrisi, hipoglisemia (gula rendah bawah 4 mmol/L), hiperglisemia, jika tidak sihat dan senaman, untuk memastikan kawalan diabetes optimum (termasuk HbA1C bawah 7.5%) dan tiada komplikasi
- Tanda-tanda diabetes adalah seperti berikut (ingat 5 T) :
a) Thirst = dahaga, kerap minum air
b) Toilet = kerap kencing termasuk kencing waktu malam
c) Tired = mudah letih
d) Thinner = susut / hilang berat badan mendadak
e) Test = periksa gula darah (bacaan gula darah puasa atas 7 mmol/L atau bacaan gula rawak /
selepas makan atas 11.1 mmol/L = diabetes)
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid083c2EBQ6kRebzaRrYQcKLBToM4Rnrxqo7rBMF43ACUjYTDtqP2DNazw1VvSjE8j1l&id=100000111361285
--------------------------------------------------------
🌻Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera🌻
Hari Diabetes Sedunia / World Diabetes Day (WDD) ialah kempen kesedaran berkenan penyakit diabetes yang disambut setiap tahun pada 14 November.
WDD bertujuan untuk mempromosikan kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan pesakit diabetes yang semakin kritikal di seluruh dunia.
Tema untuk Hari Diabetes Sedunia 2021-2023 ialah Akses Kepada Penjagaan Diabetes
Mari sama-sama tingkatkan kesedaran mengenai penyakit Diabetes dan terapkan strategi amalan cara hidup yang sihat seperti pemakanan sihat dan seimbang serta kerap melakukan aktiviti fizikal🏃🏻♀️ untuk mengelakkan penyakit ini.
🩸 Jom Saring. Ketahui bacaan paras gula anda dengan melakukan saringan kesihatan.
#KOSPEN #HariDiabetesSedunia2022 #AksesKepadaPenjagaanDiabetes #AccesstoDiabetesCare
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Arkib : 04 Mei 2021
Kencing Maneh ohh Kencing Maneh..
Kali ni saya ingin berbicara mengenai ubat dan insulin. Meh rapat². Kita try faham sama². Saya takkan bercakap sebagai seorang doktor sebab saya ni bukan doktor 😅Akan tetapi saya akan bercakap melalui perspektif saya sebagai seorang pesakit diabetes yang telah melalui 3 fasa iaitu :
- Fasa Tak Jaga Makan Dan Tak Makan Ubat. (8-9 tahun)
- Fasa Jaga Makan dan Makan Ubat. (2 tahun)
- Fasa Stop Ubat Dan Jaga Makan.(Sekarang)
Berbicara mengenai ubat dan insulin, saya tahu sebahagian besar daripada kita tertanya² kenapa rawatan diabetes kita berbeza di antara satu sama lain. Ada orang, dia dapat Metformin ja. Ada orang, dia dapat Gliclazide ja. Ada orang, dia dapat Insulin ja. Bahkan terdapat banyak lagi variasi gabungan ubat dan dosage ubat/insulin yang setiap seorang daripada kita terima tidak menyerupai antara satu sama lain..
Ada banyak perkara yang mempengaruhi kenapa gabungan ubat dan dosage masing² kita berbeza. Antaranya ialah keadaan diabetes kita itu sendiri. Diabetes kita ni nama ja Type 2, tapi tak semestinya semua orang sama. Ada yang pankreas dia tak hasilkan cukup insulin.. Ada lagi yang mengalami masalah rintangan insulin. Ada yang mengandung.. Ada yang tua, ada yang muda. Ada yang aktif, ada yang jenis terperuk kat rumah ja.. Jadi ubat atau insulin yang diberikan juga berbeza. Ada orang, makan setengah biji dah cukup untuk mengawal bacaan gula. Ada lagi yang lain, makan ubat dan insulin pun gula tetap tinggi.. Lalu apa yang mempengaruhi semua ubatan dan insulin kita?
Adakah disebabkan "Eh dia makan Jardiance harga RM250 sekotak, sebab tu diabetes dia terkawal.." "Metformin dia jenis mahal lah, patutlah bacaan dia cantik.." "Saya nak tukar ubat macam dialah".. 😂 Padahal korang tak tahu pun apa situasi mereka alami sehingga dapat ubat yang tak sama dengan kita.. Hello guys, saya makan ubat Klinik Kerajaan seperti korang makan tu. Harga? FREE, saya dapatkan setiap bulan di Klinik Kesihatan Sultan Ismail, JB. Apa jadi pada diabetes saya sekarang? Adakah makin teruk sebab makan ubat yang biasa² dan free? Dak ehh! Terkawal cantik baq hang! Dah stop ubat dah pun. Bukan saya suka² stop ubat, tapi Doktor Shabna yang stopkan ubat saya.. Sebab apa? Sebab dibantu oleh pengawalan pemakanan saya..
Apa yang menstabilkan bacaan gula kita bukan ubat atau insulin semata². Gunalah ubat semahal apa sekalipun daripada Klinik Atau Hospital terbaik dunia, jika korang tak jaga makan tak berguna juga. Dapat ubat mahal², insulin paling rare, tapi makan tak beringat. Nayaa.. Tetap juga bacaan gula tinggi. Orang sedia normal dengan pankreas berfungsi baik pun akan dapat diabetes jika tak jaga makan. Apatah lagi awak dan saya yang sememangnya sudah ada diabetes yang dibantu ubat² dan insulin.
Pertahankan ubat atau insulin kita masing². Takda istilah sebab mahal, ianya terbaik. Ubat diabetes tak macam tu. Jangan berasa down dengan keadaan rawatan kita. Jangan mengharapkan ubat dan insulin 100% untuk mengawal bacaan gula kita. Kalau insulin atau ubat 100% boleh mngawal bacaan kita, kita takkan dengar kawan² kita mengeluh "Saya murung.. Baru balik dari klinik.. Doktor tambah dosage ubat"..
Pesanan yang sama juga saya berikan kepada kawan² kita yang menggunakan ubat dari Hospital atau Klinik Swasta yang berharga ratusan ringgit. Ubat dan insulin mahal, jadi kena pastikan korang juga jaga makan agar bacaan jadi cantik. Kalau tak, sia² korang buang duit beli mahal², tapi tak dipergunakan sebaik mungkin... Jangan macam ni. Tak mau.. Tolong jaga makan dan makan ubat serta cucuk insulin jangan culas..
Tu ja. Saya tegaskan sekali lagi, saya jenis suka mempertahankan sesuatu. Glucometer dan Ubatan Diabetes saya tetap terbaik bagi saya. Saya tak nak bandingkan ubat saya dengan orang sebab saya tahu diabetes tak sama dan juga saya tahu makan ubat takkan menstabilkan gula saya jika saya tak jaga makan.
Sekian... Selamat Hari Selasa semua.. 😂
No comments:
Post a Comment