Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 16 November 2022

15 NOVEMBER 1981 PERASMIAN PEMBUKAAN STESYEN SATELIT BUMI DI MELAKA

Pada hari ini dalam tahun 1981, Stesyen Satelit Bumi yang terletak di Lendu, Alor Gajah, Melaka telah dibuka dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Musa Hitam. Pembinaan stesyen satelit bumi yang berharga $18.5 juta ini adalah bertujuan untuk menampung masalah keupayaan laluan trafik antarabangsa yang dihadapi oleh negara selama ini. Stesen tersebut yang menyediakan kemudahan perhubungan telekom dengan sembilan buah negara termasuk :-
  1. Perancis, 
  2. Hong Kong, 
  3. Belanda, 
  4. India, 
  5. Itali, 
  6. Filipina, 
  7. Arab Saudi, 
  8. United Kingdom dan 
  9. Jerman Barat.
Selain kemudahan telekomunikasi, satelit ini juga mempunyai saluran TV untuk penghantaran dan penerimaan audio-video. Di samping perhubungan telekomunikasi melalui satelit Dato’ Musa Hitam dalam ucapannya juga menerangkan bahawa negara kita juga mempunyai sistem kabel dasar laut dalam usaha memupuk lagi semangat kerjasama dan setia-kawan dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN.

Dengan bermulanya perkhidmatan telekomunikasi antarabangsa melalui stesyen satelit bumi di Lendu, Melaka ini adalah diharapkan perkembangan bidang telekomunikasi negara ini maju dan standing dengan negara maju.

#arkibnegara


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

14 NOVEMBER 1996 PELANCARAN SATELIT ASIA TIMUR KEDUA (MEASAT-2)


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...