Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 16 November 2022

15 NOVEMBER 1958 PENUBUHAN LEMBAGA GAJI DI MALAYSIA

 

Pada hari ini dalam tahun 1958, pengumuman telah dibuat untuk menubuhkan Lembaga Gaji. Penubuhan Lembaga tersebut diumumkan oleh sebuah Suruhanjaya yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Suruhanjaya yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan lima ahli telah menerbitkan sebuah penyata mengenai perkara itu. Suruhanjaya itu juga mengusulkan beberapa cadangan. Antaranya menyarankan penubuhan dua buah Lembaga Gaji. Satu untuk pembantu kedai, dan satu lagi untuk pekerja-pekerja dalam kedai-kedai kopi, kedai makan, hotel dan bar. Suruhanjaya tersebut juga mencadangkan supaya masa bekerja bagi para pekerja yang terlibat ditetapkan selama lapan jam.

Bayaran lebih masa hendaklah diberikan jika bekerja melebihi had itu. Mereka juga hendaklah diberikan cuti tetap dan bergaji di samping kemudahan rawatan perubatan. Pada peringkat awal, lembaga itu ditubuhkan di bandar-bandar besar seperti :-
  1. Kuala Lumpur, 
  2. Seremban, 
  3. Johor Bharu, 
  4. Ipoh, 
  5. Kota Bharu, 
  6. Alor Setar dan 
  7. Kuantan. 
Pihak Suruhanjaya melalui kenyataan yang dibuatnya pada hari ini dalam tahun 1958, berpendapat bahawa Lembaga Gaji perlu ditubuhkan untuk membela para pekerja berkenaan kerana mereka tidak mempunyai kesatuan yang kuat untuk berunding dengan pihak majikan.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain :-

10 NOVEMBER 1993 MALAYSIA DIPILIH UNTUK MENGANGGOTAI LEMBAGA EKSEKUTIF UNESCO


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...