Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 11 November 2022

10 NOVEMBER 1993 MALAYSIA DIPILIH UNTUK MENGANGGOTAI LEMBAGA EKSEKUTIF UNESCO

 

Pada hari ini dalam tahun 1993, Malaysia telah dipilih untuk menggangotai Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Malaysia memperolehi 118 undi daripada 177 negara benefisiari dan dipilih bersama 25 buah negara lain bagi tempoh empat tahun untuk berkhidmat dalam 51 anggota Lembaga badan pentadbir UNESCO. Sejurus selepas pengumuman kejayaan ini, Malaysia telah mengisytihar  kesediaan untuk berkhidmat dengan badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membangunkan negara miskin.  

Perkara pertama yang akan dilakukan oleh Malaysia ialah meneliti program UNESCO bagi memastikan program itu memberi faedah kepada dunia terutamanya bagi negara-negara membangun. Kejayaan negara menganggotai Lembaga Eksekutif badan dunia yang berprestij ini merupakan pengiktirafan dunia kepada Malaysia bagi perubahan sejagat.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

26 OKTOBER 2009 PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS MALAYSIA & NEW ZEALAND


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...