Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 11 November 2022

10 NOVEMBER 1973 PERASMIAN PEMBUKAAN FASA PERTAMA RANCANGAN AIR SUNGAI MUDA

Pada hari ini dalam tahun 1973, pembukaan Fasa Pertama Rancangan Air Sungai Muda dirasmikan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri di Sungai Dua, Pulau Pinang. Rancangan Air Sungai Muda telah dimulakan pada tahun 1965 apabila kerajaan Negeri Pulau Pinang menugaskan jurutera-jurutera Perunding Binnie & Partners (Malaysia) untuk menjalankan kajian permulaan mengenai perbekalan air yang baru ke negeri Pulau Pinang. Berikut dari kajian itu satu laporan telah dikemukakan kepada kerajaan negeri pada tahun 1967. 

Laporan itu mencadangkan supaya satu rancangan kemajuan bekalan air tiga peringkat yang pada akhirnya akan dapat menghasilkan bekalan air sebanyak 455 juta liter sehari dari Sungai Muda. Cadangan tersebut telah diterima dan pada tahun 1968 perancangan teliti bagi membina peringkat pertama Rancangan Air Sungai Muda itu telah dijalankan. Rancangan fasa pertama ini boleh menghasilkan 136.5 juta liter air sehari. Pembinaan peringkat pertama ini telah dijalankan pada bulan November tahun yang sama dan menelan belanja sejumlah $42 juta. Rancangan ini meliputi pembinaan sebuah tempat pengambilan air dari Sungai Muda yang dilengkapi dengan sebuah stesen pam-angkat yang didirikan di atas tanah tinggi. Dalam ucapan perasmiannya, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa projek Rancangan Air Sungai Muda ini merupakan satu projek yang berani dan untuk jangka masa panjang.

Projek ini dapat menarik lebih banyak perindustrian di samping memberi bekalan air yang mencukupi. Dalam suasana negara yang sedang berkembang pesat dalam bidang perindustrian dan perbandaran (urbanisation) pembinaan rancangan air ini amatlah perlu. Rancangan air ini juga sebagai penampung kepada bekalan air yang sedia ada dan seterusnya perancangan skim ini akan dapat memenuhi keperluan air negeri Pulau Pinang untuk jangka masa yang panjang.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

09 NOVEMBER 1975 PERASMIAN KILANG KELAPA SAWIT PERBADANAN LADANG-LADANG TABUNG HAJI

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...