Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 22 November 2022

KEBAIKAN UNTUK RAKYAT & KEBAIKAN UNTUK NEGARA

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan dalam sebuah hadis bahawa akan muncul kumpulan manusia yang sangat gilakan kuasa. Kegilaan itu mengakibatkan kepada kemusnahan.
Baginda s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya akan ada di kalangan kamu yang bersungguh-sungguh gilakan kepimpinan dan ia akan jadi satu penyesalan di hari kiamat. Ia hanya permulaan yang menyenangkan di dunia dan pengakhiran penuh dengan penyesalan di akhirat." 
(Riwayat al-Bukhari)

PROSES PERTUKARAN PEMIMPIN PALING MENDEBARKAN DALAM SEJARAH ISLAM

Al kisahnya…sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W. Baginda dalam keadaan sakit-sakit telah menghantar satu Jemaah Dakwah dan Jihad yang di ketuai oleh Usamah R.A. yang masih muda belia.. dan bilangan mereka adalah seramai 30 ribu orang termasuk seribu penunggang kuda..

Walaupun Nabi S.A.W. sedang sakit, tapi Nabi sendiri telah menghantar ke sempadan akan jemaah Usamah RA ini keluar ke jalan Allah..

Walau bagaimanapun, apabila Rasullulah S.A.W. wafat.., berita ini mengejutkan dunia, tiba-tiba  Jemaah Usamah yang sedang bertolak ini telah kembali pulang ke Madinah, ingin menziarahi jenazah Nabi S.A.W. dan pada ketika itu seluruh dunia Islam di selubungi kedukaan dan kesedihan.

Ramai Sahabat menjadi bingung dan hilang arah kerana tidak dapat menerima hakikat tentang berita kematian Nabi Muhammad S.A.W.

Sehinggakan Saidina Umar R.A. sanggup menghunus pedang dan ingin memancung kepala orang yang percaya Nabi S.A.W. telah wafat.

Lalu datanglah Abu Bakar R.A. menumbuk Umar lalu bagi tazkirah sambil mencekak janggut Saidina Umar R.A.

Bukankah Nabi itu seorang manusia dan semua manusia akan jadi mati? Hanya Allah yang tidak akan mati!”

Terus Umar R.A insaf dengar tazkirah Abu Bakar R.A!

Pada waktu ‘hung parliament’ itu, dalam keadaan bingung dan keliru, terdapat pula perbalahan di antara puak Ansar dan Puak Muhajirin kerana masing-masing berebut nak jadi pemimpin..

Orang Muhajirin kata mereka patut jadi pemimpin kerana mereka adalah golongan terawal masuk Islam dan sekampung dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Tapi orang Ansar pula cakap bahawa Madinah itu bumi mereka dan merekalah yang patut jadi pemimpin…

Maka keadaan menjadi semakin tegang.. dan dalam keadaan itu di kalangan sahabat RA, tumpuan dan fikir ke atas UMAT dan pergerakkan jemaah dakwah telah berhenti, di tambah pulak orang Muhajirin dan Ansar bergaduh kerana masing masing ingin melantik pemimpin di kalangan mereka… pada waktu itu JEMAAH USAMAH R.A. tidak bergerak (tangguh) dan para sahabat sibuk dengan urusan MELANTIK PEMIMPIN.., berbagai nama calon di kemukakan.., mereka hampir berperang sesama sendiri.!

Lalu... Dalam keadaan mereka sibuk berfikir akan siapakah yang akan jadi PEMIMPIN orang islam?, pengganti Nabi Muhammad S.A.W.?, rupa-rupanya, seolah-olah… pada waktu itu KERJA DAKWAH sedang berhenti.., kelihatan Orang Islam sibuk berebut jawatan pemimpin, dan Jemma’ah USAMAH r.a tangguh dulu maka pada waktu yang sama, tiga perkara besar telah berlaku, iaitu :-
  1. Telah ramai Orang Islam yang murtad, kemunafikan telah zahir di Madinah, kabilah arab banyak yang murtad, termasuklah orang Ajam..
  2. Muncul pembaharuan dalam agama, ada yang bersolat tapi tak mahu bayar zakat dan yang paling dahsyat muncul Dajjal pertama yang mengaku sebagai Nabi palsu..
  3. Allah cabut kehebatan Islam sehingga Tentera ROM mulai bergerak untuk menyerang Madinah..
Oh! 3 perkara ini menimpa orang Islam bukan selepas 100 tahun orang Islam tinggalkan dakwah, bukan selepas 10 tahun, tapi sejurus pemimpin Islam tiada…

Dalam suasana tegang itu, akhirnya Majlis Syura bermesyuarat untuk lantik pemimpin Islam guna hujah dari Al Quran dan Hadis, bukan guna hujah pribumi Ansar atau Awalin Muhajirin.

Maka rujuk kisah Nabi waktu sakit dan lantik Abu Bakar jadi Imam serta kisah Abu Bakar hijrah bersama Nabi serta menyorok dalam gua di awaI Islam, akhirnya Umat Islam telah melantik Saidina Abu Bakar R.A. sebagai KHALIFAH Islam, pemimpin pertama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Sejurus selepas perlantikan beliau, Perkara Pertama sekali yang di buat oleh Abu Bakar RA selepas menjadi Khalifah adalah :-

JEMAAH USAMAH YANG TELAH DI HANTAR OLEH NABI TAPI TERTANGGUH HENDAKLAH DI KELUARKAN KE DESTINASI YANG TELAH DI TETAPKAN..! MESTI!

Ini bermakna, seramai 30 ribu Orang Islam telah di keluarkan untuk berjihad..

Walaupun pada mulanya Saidina Umar R.A. dan kebanyakan sahabat lain tidak setuju kerana mahu Jemaah yang ramai ini di gunakan untuk menentang orang murtad di sekitar arab dan mahu sebahagian lagi jemaah ini menjaga sempadan madinah daripada serangan Rom dan sebahagian lagi menentang Nabi palsu.

Tetapi, apa kata Saidina Abu Bakar R.A.?

Adakah patut saya menangguh jemaah yang telah dibentuk oleh Rasullullah sendiri? Demi Dia yang memegang nyawaku di dalam genggamanNya, sekiranya binatang-binatang buas datang menyerang Madinah lalu mengheret mayat mayat isteri Rasullullah, sekalipun sama sekali tidak saya membatal pemergian Jemaah Usamah RA..”

Tuan-tuan yang saya muliakan, Abu Rakar R.A adalah orang yang paling faham agama, maka lepas dah hantar Tentera Usamah RA, baki Umat Islam yang tinggal telah di keluarkan untuk berjihad ke atas Orang Murtad dan tak bayar zakat, walaupun pada mulanya sebahagian sahabat risau kerana tiada orang lelaki di Madinah dan bagi cadangan agar orang yang solat tapi tak bayar zakat dimaafkan kerana mereka masih bersolat dan di pujuk mereka yang bersolat tapi tak bayar zakat menyertai tentera islam menentang orang murtad..

Tapi Apa pulak Abu Bakar R.A. jawab?

Demi Allah, jika pada Zaman Nabi mereka membayar zakat binatang bersama tali, tapi sekarang mereka membayar zakat binatang tanpa tali, akan ku perang orang itu!"

Pendek cerita… Jemaah Usamah R.A. telah keluar ke Syam dan telah melewati kabilah-kabilah yang murtad yang ingin menyerang Madinah, lalu timbul kegerunan kepada golongan murtad dan berfikir jika mereka orang Islam telah keluarkan jemaah seramai ini, maka sudah pasti mereka mempunyai bilangan yang lebih ramai di Madinah..

Lihatlah bagaimana Allah telah mencampak kegerunan kepada orang murtad kepada Jemaah Usamah R.A. walaupun jemaah ini bukan di keluarkan untuk memerangi orang murtad..

Kemudian di jalanan Jemaah Usamah R.A. telah bertembung dengan Tentera ROM lalu musuh pun berundur apabila melihat ramainya Umat Islam meneruskan dakwah walau tiada lagi Nabi di sisi…

Di Madinah pula, Abu Bakar R.A. telah menghantar jemaah yang dipimpin Khalid R.A. memerangi orang murtad, dan yang enggan bayar zakat, jemaah perang menentang nabi palsu juga telah disiapkan, pendek cerita… Nabi palsu telah dibunuh, orang murtad telah kembali Islam dan golongan yang enggan bayar zakat sudah kembali ke pangkal jalan.

Dan Abu Bakar R.A faham bahawa orang yang murtad dan tidak bayar zakat ini ada masalah iman lalu keluarkan perintah agar mereka semua keluar berjihad di jalan Allah, kemudian melalui jalan-jalan ini, Allah telah mencampakkan kegerunan kepada seluruh musuh Islam di seluruh dunia dan melalui jemaah dakwah dan jihad maka Islam terus berkembang dan seterusnya mengusai dunia..! 

Then the rest is History…

*
Kita balik ke zaman sekarang..

Dalam kita semua sibuk jawatan pemimpin guna kaedah demokrasi tapi tak cukup majoriti, dalam masa yang sama ada khabar berita..

Bilangan orang murtad semakin bertambah, ulamak palsu semakin bertambah dan orang kapir sikit pun tak takut pada kita Orang Islam isk..isk.. LGBT juga makin rancak, Dajjal sebenar dah nak muncul, oh….

Maka fahamlah kita, 

Jika kita merujuk kepada sejarah, bila dakwah cara Nabi tidak berlaku maka tiga perkara akan berlaku..

Pertama : Ramai Orang Islam yang murtad, sangat ramai! (dah berlaku kat Negara kita, isk..)

Kedua : Akan muncul fitnah Dajjal.
(Oh, geng konspirasi sendiri menghebatkan dajjal dan membantah ulamak yang hak dan ikut ulamak palsu)

Ketiga: Allah cabut kehebatan Islam sehingga orang kafir tidak lagi merasa gerun dan takut kepada Orang Islam (bahkan mereka telah menghina kita semua macam anjing dan babi!)

Sekarang, ketiga-tiga perkara ini sedang berlaku di mana-mana Negara Islam, lebih sedih masjid zaman kita dah tak semeriah Masjid Zaman Abu Bakar R.A, macam mana masalah umat nak selesai?

Selesakah saya dan kita semua berdakwah dengan TikTok, WhatsaApp, YouTube, lagu, Blog, Komik, parti, Telegram, Insta hingga masjid jadi kosong dan lengang?

Tak salah nak makmurkan media sosial dengan dakwah agama tapi jangan lupa untuk makmurkan masjid Allah kerana masjid itu adalah sebaik tempat orang beriman memakmurkannya!

Maka dalam sibuk berparti politik, kembalilah kita kembali berdakwah cara Nabi memakmurkan Masjid. Sungguh penyelesaian yang berlaku pada Zaman Abu Bakar R.A, akan berulang, sebagaimana munculnya Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s., pasti mereka juga akan gunakan cara Abu Bakar R.A dalam memimpin iaitu utamakan Jemaah Dakwah kepada bukan Islam, kepada murtad dan kepada yang tak bayar zakat… 

Panjang nak cerita saya ringkaskan… 

Jom kita memetik pesanan terakhir Saidina Abu Bakar R.A. (Pemimpin Islam Pertama) kepada Umar RA.(Pemimpin Islam Kedua) dalam bab melantik pemimpin…

Wahai Umar, apa yang saya perkatakan kepadamu dan amalkanlah. Sesungguhnya saya berharap akan menghembus nafasku yang terakhir pada hariku ini, (Hari Isnin).

Maka sekiranya saya mati, janganlah menunggu ke petang baru menggantikan saya untuk menguruskan hal ehwal orang ramai,

Begitu juga jika kematianku terlewat sehingga ke waktu malam, janganlah kamu menunggu hingga hari esok untuk menguruskan hal ehwal orang ramai,

Janganlah kematianku ini menyibukkan kamu dari agama dan wasiat Tuhan kamu. Laksanakanlah wasiat Allah dan Rasul-Nya terlebih dahulu.

Sesungguhnya engkau telah melihat apa yang telah saya lakukan selepas kewafatan Rasulullah S.A.W,

Musibah dan kewafatannya tidaklah sama dengan musibah kematian yang lain.

Dan demi Allah, sekiranya saya melambat-lambatkan perintah Allah dan RasulNya sudah pasti Allah tidak akan menolong kita lalu menghukum kita dan musuh-musuh akan menyerang dan membakar Madinah ini

(THE END)

P/S : Jika ada silap dalam penulisan, sila tegur dan jika teringat nama saya dalam doamu, doakan yang baik-baik, semoga kita semua terlibat dalam usaha dakwah dan memakmurkan masjid Allah.

Semoga Woha Sampai syurga!


---------------------------------------

KEBAIKAN UNTUK PEMIMPIN NEGARA

Ingatlah, Allah s.w.t. pernah menangguhkan kemenangan tentera pada Zaman Rasulullah s.a.w. disebabkan ada di antara mereka yang berkata angkuh. Maka saya menasihati diri dan sahabat semua untuk tidak berkata kesat dan kotor.

Marilah kita muhasabah diri. Muhammad Bin Ibrahim menceritakan daripada Abu Ya’la daripada Abdus Somad Bin Yazid al-baghdadi berkata, aku telah mendengar al-Fudhail bin Iyadh berkata :

Sekiranya aku memiliki satu doa yang mustajab aku tidak akan menggunakannya melainkan untuk para PEMIMPIN NEGARA”.

Lalu seorang lelaki bertanya, "Mengapa (engkau memilih) begitu wahai Aba Ali (gelaran beliau)?"

Beliau pun menjawab, "Kerana sekiranya doa itu aku gunakan pada diriku, ia tidaklah begitu bermanfaat. Akan tetapi jika aku tujukan kepada para pemimpin maka kebaikan para pemimpin adalah kebaikan untuk rakyat dan untuk negara". 

Kemudian lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimanakah hal tersebut wahai Aba Ali ? Mohon huraikan lagi perkara ini kepada kami."

Jawab beliau, "Adapun “kebaikan untuk negara” ialah menjadikan rakyat hidup aman dari kezaliman pemimpin sehingga mereka mampu membangunkan yang runtuh dan memakmurkan bumi". 

Dan ada pun “kebaikan untuk rakyat” ialah para pemimpin akan melihat kepada kaum yang jahil lalu para pemimpin itu akan berkata “Sesunguhnya mereka ini telah disibukkan dengan hanya mencari kehidupan dunia daripada mencari hal yang bermanfaat buat mereka seperti mempelajari al-Quran dan seumpamanya (ilmu fardhu ain dan lain-lain). 

Lalu para pemimpin itu pun mengumpulkan kaum yang jahil tersebut pada satu tempat lebih kurang dalam 50 orang untuk setiap kumpulan. Kemudian pemimpin itu akan berkata kepada seseorang, “Lakukanlah apa bermanfaat buat kamu dan ajarkanlah kaum itu akan ilmu tentang agama”.

Kemudian kata al-Fuhdail lagi, "Setelah itu nantikanlah apa yang Allah akan keluarkan daripada mereka itu sesuatu yang memberikan kesejahteraan kepada bumi ini yang hasilnya akan kembali kepada mereka. Dan itulah yang dinamakan kebaikan untuk rakyat dan kebaikan untuk negara".

Kemudian Ibnu Mubarak pun mencium dahi Fudhail bin Iyadh, lalu berkata “Wahai guru yang telah mengajar akan kebaikan, siapakah lagi yang dapat memberikan pelajaran seperti ini melainkan kamu”.

Rujukan : kitab Hilyatul Auliya’

Teks asal :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، ثنا أَبُو يَعْلَى , ثنا عَبْدُ الصَّمَدِ بْنُ يَزِيدَ الْبَغْدَادِيُّ , قَالَ: سَمِعْتُ الْفُضَيْلَ بْنَ عِيَاضٍ , يَقُولُ: " لَوْ أَنَّ لِيَ دَعْوَةً مُسْتَجَابَةً مَا صَيَّرْتُهَا إِلَّا فِي الْإِمَامِ قِيلَ لَهُ: وَكَيْفَ ذَلِكَ يَا أَبَا عَلِيٍّ؟ قَالَ: مَتَى مَا صَيَّرْتُهَا فِي نَفْسِي لَمْ تُجْزِنِي وَمَتَى صَيَّرْتُهَا فِي الْإِمَامِ فَصَلَاحُ الْإِمَامِ صَلَاحُ الْعِبَادِ وَالْبِلَادِ قِيلَ: وَكَيْفَ ذَلِكَ يَا أَبَا عَلِيٍّ فَسِّرْ لَنَا هَذَا قَالَ: أَمَّا صَلَاحُ الْبِلَادِ فَإِذَا أَمِنَ النَّاسُ ⦗٩٢⦘ ظَلَمَ الْإِمَامِ عَمَّرُوا الْخَرَابَاتِ وَنَزَلُوا الْأَرْضَ وَأَمَّا الْعِبَادُ فَيَنْظُرُ إِلَى قَوْمٍ مِنْ أَهْلِ الْجَهْلِ فَيَقُولُ: قَدْ شَغَلَهُمْ طَلَبُ الْمَعِيشَةَ عَنْ طَلَبِ مَا يَنْفَعُهُمْ مِنْ تَعَلُّمِ الْقُرْآنِ وَغَيْرِهِ فَيَجْمَعُهُمْ فِي دَارٍ خَمْسِينَ خَمْسِينَ أَقَلَّ أَوْ أَكْثَرَ يَقُولُ لِلرَّجُلِ: لَكَ مَا يُصْلِحُكَ وَعَلِّمْ هَؤُلَاءِ أَمْرَ دِينِهِمْ وَانْظُرْ مَا أَخْرَجَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ فِيهِمْ مِمَّا يُزَكِّي الْأَرْضَ فَرُدَّهُ عَلَيْهِمْ. قَالَ: فَكَانَ صَلَاحُ الْعِبَادِ وَالْبِلَادِ " فَقَبَّلَ ابْنُ الْمُبَارَكِ جَبْهَتَهُ , وَقَالَ: يَا مُعَلِّمَ الْخَيْرِ مَنْ يُحْسِنُ هَذَا غَيْرُكَ

Jika kekalahan membuahkan benci, jika kemenangan membuahkan tinggi diri, maka keduanya akan sama-sama binasa dalam kerakusan diri. 

أَسْـتَـغْـفِـرُ اللهَ وَ أَ تُـوبُ إِ لَـْيهِ.. 😢

Asma’ binti Harun

#UAHSahabatDuniaAkhirat


P/S : Apa-apa yang jadi pun sebab kesan sumpah laknat bekas pemimpin yang teraniaya. Tak perlu tuduh parti lain penyamun penyangak, yang bukan parti penyangak pun tak didik anak buah mereka untuk tidak berkata buruk kepada sesama Muslim. Adab berkempen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pun tak ikut cara Islam. Banyak jenis maki hamun parti lawan je. Hmmm


Doa Mohon Kepimpinan Yang Baik

Ya Allah ! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang yang terbaik dalam kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang yang terburuk dalam kalangan kami.


Katakanlah : "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".

---------------------------------------

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR  BAGINDA S.A.W. SERTA AHLUL BAIT DAN PARA SAHABAT R.A.

𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐃𝐈 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐈

Tiada satu negara di seluruh dunia yang bertuah selain daripada negara yang tercinta ini. Kita telah menyaksikan pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 yang dimulai oleh :
  1. Tunku Abdul Rahman.            𝐀𝐑, 
  2. Tun Abdul Razak.                    𝐑𝐀, 
  3. Tun Hussein Onn.                    𝐇 , 
  4. Tun Mahathir.                           𝐌,
  5. Tun Abdullah Badawi              𝐀,
  6. Dato Seri Najib Abd Razak.    𝐍
Nyata daripada gabungan huruf-huruf nama di atas membentuk perkataan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 iaitu Nama serta Sifat Allah Taala. Wazan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 mengikut tata bahasa arab mempunyai pengertian sifat sementara.

Sifat 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 meliputi semua manusia samada orang Islam atau bukan orang Islam serta makhluk lain yang hanya berlaku di dunia sahaja iaitu hanya sementara sahaja sebab itulah pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 tidak berterusan tetapi berakhir dengan berakhirnya pemerintahan Dato’ Seri Najib Abd Razak.

Selepas jatuhnya pemerintahan Dato Seri Najib Abd Razak pada PRU ke 14, tidak ada satu parti yang memperolehi majoriti 2/3 melainkan terpaksa bergabung beberapa parti untuk layak memerintah. Akhirnya gabungan parti ini juga tidak memerintah setelah satu komponen parti menarik diri seperti Parti Bersatu menarik diri dari Pakatan Harapan dahulu. Akhirnya berlakulah rampasan kuasa dengan tidak mengikut aturan demokrasi. Ini kerana yang memerintah bukanlah yang dipilih oleh rakyat. Dan begitu juga pada PRU 15, tiada satu parti yang memperolehi 2/3 majoriti sehingga perlu bergabungan dengan parti lain. Gabungan parti ini juga tidak terjamin pemerintahannya selama 5 tahun. Ini kerana ada kemungkinan akan berlaku peristiwa seperti yang berlaku pada PRU ke 14 dahulu. 

Kenapa ini berlaku? 

Seperti dinyatakan di atas, pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 telah berakhir pada pemerintahan Dato Seri Najib Abd Razak. Manakala pemerintahan pada PRU ke 14 dan 15 ini adalah merupakan pemerintahan peralihan untuk fasa pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌.

Dalam tata bahasa ARAB, wazan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 adalah sifat berpanjangan yang meliputi hanya orang Islam yang beriman di dunia dan akhirat. Maka pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 adalah pemerintahan berterusan hinggalah pemerintahan Imam Al Mahdi R.A. Pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 ini hanya terdiri daripada orang-orang Islam yang beriman sahaja. Yang merupakan PARTI ALLAH. 

Firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat  56: 

وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ

"Dan barangsiapa menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sungguh, pengikut (agama) Allah itulah yang menang".

Bilakah pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 ini akan bermula? 

Keadaan agama Islam serta umat manusia terutama umat Islam di Malaysia ini hanya boleh diselamatkan dengan melaksanakan undang-undang dan peraturan Allah S.W.T. yang berlandaskan fahaman Ahlul Sunnah Wal-Jamaah bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi. Ini kerana demokrasi telah terbukti membawa kehancuran di merata dunia terutama dari segi moral. Ini petanda bahawa tidak lama lagi akan  bermulanya kerajaan pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌.

Adakah pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 ini sebagai andaian atau ianya pasti akan terjadi? 

Kita lihat urutan dari nama Tunku Abdul Rahman hinggalah Dato Seri Najib Abd Razak ianya telah membentuk perkataan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍. Ini bukan kebetulan tetapi ini merupakan urutan yang sengaja diatur oleh Allah S.W.T. sedemikian rupa. Daripada ini kita faham dan yakin bahawa pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 akan ALLAH teruskan dengan pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌. Ini adalah rancangan Allah S.W.T. bagi bumi bertuah ini. Seharusnya kita umat Islam mengharapkan dengan penuh keyakinan agar rancangan ALLAH TAALA ini menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

---------------------------------------


Gambar : Proses Pilihanraya Di Malaysia

Video Penerangan Buat Warganegara Malaysia Kali Pertama Mengundi Pada PRU15

Tonton video penuhnya di sini : https://fb.watch/gSvnoHXcP6/

---------------------------------------

KEBAIKAN UNTUK RAKYAT & KEBAIKAN UNTUK NEGARA


Ada satu benda saya nak orang tahu. Setakat ini, tiada yang menang. Mungkin ada yang berkerut kening, kan PH dapat paling banyak kerusi, mestilah PH yang menang, yang lain tu kalah.

Bukan begitu sebenarnya. Untuk menjadi pemenang dalam PRU ini perlu capai sekurang-kurangnya 112 kerusi. Kenapa perlu 112 dan tidak 82 sahaja? Kerana jumlah kerusi yang dipertandingkan pada PRU 15 ialah 220. 112 akan menjadi bilangan kerusi yang lebih dari separuh dari jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Kerajaan yang dibentuk perlu mencapai majoriti. Kalau parti yang ada 82 sahaja kerusi menjadi kerajaan, baki kerusi ialah 138. Bermakna, yang baki tu boleh je buat undi tidak percaya di parlimen dan jatuhlah kerajaan tu.

Jadi, setakat 11:11 pagi 21 November 2022, tiada lagi pihak yang menang dalam PRU 15 dan tak boleh label parti lain kalah lagi sebab masih ada kemungkinan sesiapa pun boleh buat gabungan untuk capai 112 kerusi atau lebih.

Kecuali parti yang semua kerusi kalah la. Mereka tak dapat nak sumbangkan kerusi sebab takde kerusi yang menang.

Ingat, nak tak nak, mereka perlu bergabung. Jadi kebarangkalian akan ada gabungan yang tak semua orang suka. Semoga parti tunjang yang ada kerusi paling besar dalam gabungan tu dapat jalankan tanggungjawab dengan baik dan tidak terlalu mengikut telunjuk parti yang mempunyai kerusi yang tidak banyak.

Ingat. Kemenangan bukan ditentukan oleh parti mana yang mendahului dalam kiraan kerusi. Itu undi popular namanya. Kerajaan tidak dibentuk melalui undi popular tetapi melalui majoriti 112 kerusi Parlimen atau lebih.

#BroOhsem


---------------------------------------


Bukan mudah menimbang yang halal dan yang haram.
Gambar sekadar hiasan

PN dan PH kan sama-sama nak menang untuk negara.

Jadi bergabung ajelah. 

Siapa nak jadi PM? Korang dah besar panjang. Pandai-pandailah bincang siapa paling sesuai. Mungkin bukan Muhidin atau Anwar pun yang layak. Dalam reramai tu ada lagi yang mungkin lebih bagus mentadbir. 

Barisan menteri pun tak payahlah kalah kabinet dapur rumah saya. Ramai pun kalau melopong aje tak guna. Lantik bilangan yang sesuai aje.

Kata nak membangunkan Malaysia. Jadi berkorbanlah semua orang. Gaji semua dapat pun. Korang dah kaya raya. Nak apa lagi? Besok mati tinggal jugak semuanya. Nanti dah mati, isteri pun akan kahwin lagi. 

Jadi kalau semua 155 MP betul-betul nak berkhidmat untuk rakyat tak ada isu dah. Ini dah dua hari rakyat tak mandi nak tunggu siapa PM baru. Dahlah cuti tak bagi. 

Oh gabungan ni takut dengan  DAP? Dia orang ada 40 kerusi aje. Dia orang kenalah sedar diri kali ni. Ada lagi 115 kerusi bukan DAP. Jadi mereka bukan lagi majoriti (kalau takut dengan DAP lah).

Negara kita dah lunyai kena sakau. Kami rakyat dari Semenanjung dan Sabah Serawak layak mendapat pemimpin yang nak memimpin.

BN? Bagilah depa jadi pembangkang. Saya percaya mereka akan jadi pembangkang yang kali ini benar-benar pastikan kerajaan baru buat kerja.

Setel. 

by NM

Kaunselor Negara

(PM tepi kalau nak lantik nanti 🤪)

Ini khidmat nasihat percuma aje dari saya. Klien lain kena bayar tau. Kena tunggu Q. Kena berhubung. 

Ini saya bagi tanpa diminta pun. Bersyukurlah saya ni ada 🙈. 

Eh nak sambung sikit lagi post kat atas…

Tapi tahu tak kena nak bergabung ni susah. Sebab ada antara jiwa yang menang ni, niatnya menang bukan untuk membangunkan negara.  

Ini saya mengata PN dan PH. 

Kepada penyokong tegar kedua gabungan, kita semua nak terbaik untuk negara kita. 

KBai

https://www.facebook.com/679914802/posts/pfbid02PBYi3Ka531dm7nJpMVk69TwZnr5hyxcMW3B2dbFYm3nk78kyipGKx92F99tZxwWQl/?mibextid=Nif5oz

---------------------------------------

BN sengaja buat kalah supaya boleh bergabung dengan PH dan naikkan Anwar Ibrahim jadi PM?

Kalau gitu, kita pun boleh tuduh Geng Broker Pro PN sengaja sabotaj parti supaya boleh bergabung dengan PN. Apa sebab?

  1. Posterboy yang juga PM UMNO Pro PN telah melengah-lengahkan pembubaran parlimen sejak kemenangan besar BN dalam PRN Johor. Ini menyebabkan pihak lawan diberi masa atur strategi, solidify dan kumpul dana. 
  2. Posterboy juga telah menurut nasihat Menteri Kewangan lantikan Muhyiddin PPBM untuk meliberalisasikan harga ayam dan minyak masak dengan menarik subsidi. Lepas dikecam teruk rakyat, barulah nak U-Turn tetapi damage has been done. Orang masih ingat harga barang naik. 
  3. Menteri Kewangan pilihan Muhyiddin yang juga seorang banker jaga bank telah menaikkan OPR berkali-kali sehingga nak pilihanraya pun naik OPR lagi. 
  4. Broker-broker yang tak dicalonkan telah memboikot calon-calon yang terpilih sehingga ada juga tempat yang diletakkan calon daripada bahagian itu sendiri bertanding bebas. Ahli-ahli bahagian pun secara terang-terangan sabotaj dan memburukkan calon baru. Malah ada juga yang undi PN undi protes sebab sayang boss. 

Jadi, dengan kerja-kerja sabotaj ini, BN juga kalah teruk. Alih-alih, nak suruh dan paksa BN sokong PN? 

Kenapa tak nak jadi broker PH dan PN bekerjasama untuk tubuh kerajaan super majoriti? Apa salahnya jika BN jadi pembangkang dan baiki parti untuk bangkit semula?

Atau mahu 'sambung yang tergendala' ketika duduk dalam kerajaan PN?

Mohd Azrul Abu Hassan

https://www.facebook.com/268101505/posts/pfbid0bBesWM9htzkcMRY1qPCfsf11sKJFBwpWp2sRqttizaea6hSjFEBjEwWbBLGWPcPMl/?mibextid=Nif5oz

---------------------------------------


https://www.facebook.com/100000222294669/posts/pfbid02BydxyF9GJpuPvjKxBZSSTCWDzb2BAo4pPoUrJbXdsmRV5k9LUQNYX3Pku8BpLBvvl/?mibextid=Nif5oz

---------------------------------------

A DATE TO REMEMBER 22th NOVEMBER 2022 [ 22.11.22 ] FOR PM 10

Ini jawapannya...

Saya mulakan dengan Bismillahhirrahmannirrahim

30 nombor keramat, 30 nombor yang diangkat di atas.. pusinglah ikut mana pun tanpa 30 ini, mana-mana gabungan gabungan tidak akan boleh menubuhkan kerajaan tanpanya..

30 adalah bilangan juzuk Kitab Suci Al Quran.. 

Allah dah bagi petunjuk kepada kita disitu, tanpa 30 ni, tiada siapa boleh menubuhkan kerajaan.. kena ingat, kerajaan yang nak ditubuhkan mestilah ada 30 ni, maksud yang tersiratnya, mestilah berpandukan Al Quran dan Sunnah...

82 adalah nombor pematisama juga dgn 73, nombor pemati/penghabisan.. 

  • 8+2 =10
  • 7+3 =10

Sama..!!!

10 tidak cukup bilangan atau tidak sah untuk satu-satu jemaah untuk mendirikan solat Jumaat.

Adanya 30 lagi barulah menjadikan 40 yang menjadi sahnya satu-satu jemaah solat Jumaat..

  • GPS + GRS = 28
  • 2+8 = 10

Juga sama..!!!

Lihatlah, betapa terjadinya semua ini bukan sia sia..!!! Semuanya ada rahsia yang tersirat.. 


Dah jumpa... PM 10

DSN, pernah bersumpah laknat di atas Al Quran 30 juzuk

Andainya dia difitnah, maka laknatlah orang-orang yang memfitnah dan menzalimi dia.. memang kita semua nampak dengan jelas kononnya dia bersabit dan terbabit dengan skandal 1MDB, skandal SRC yang duit masuk ke akaun peribadinya.. Tetapi, tahukah kita keadaan sebenarnya, segala hasil dari 1MDB itu adalah untuk kebajikan kepada rakyat..!!!

Semua ini hanya boleh dilihat dengan mata hati dan bukan dari mata biasa... Namun, siapalah saya untuk orang nak percaya apa yang saya katakan semua ini...?

Renung renungkan...

  • PH 82,
  • 8 + 2 = 10

  • PH 73,
  • 7 + 3 = 10

  • GRS + GPS 28, 
  • 2 + 8 = 10
Just wait 221122, 2 PM for 1 PM to be the 10 PM

Kenapa semua ni jadi 10..???

Allah dah turunkan petunjuk lagi disitu ,

10 itu membawa maksud penamat, penghabisan,

10 jari.. 

bermaaf maafan dan berdamailah kalian semua dari tipu daya, fitnah memfinah, tuduh menuduh sesama bangsa dan agama.. 

Kembalilah kepada 30, Al Quran dan Sunnah kerana nabi tak ajar cara berpolitik seperti mereka semua sedang amalkan sekarang ni.. 

Kesemua angka-angka ini petunjuk dari Allah kalau kita perhalusi..

Walhualambissawab...

Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkan Aku..

---------------------------------------

TOLAK PH SEBAB CINA?

KUAT PERKAUMAN ORANG ISLAM INI !!!

Awak, kami tolak PH bukan sebab perkauman, Mana mana parti pun memang ada gabungan Cina dan India. Kita Malaysia, rakyat berbilang kaum.

Yang kami tolak adalah DAP yang menghina AGAMA dan BANGSA kami. Pemimpin ISLAM dalam PH sendiri hanya diam membisu saat agama diperlekehkan depan mata.

Pegangan dan ikrar agama kita mungkin tak sama. Kami hidup untuk agama ALLAH dan Rasulullah s.a.w.

Kalau korang yang Melayu Islam ini tak mampu jaga dan pertahankan agama sekurangnya janganlah kamu bersama mereka yang perosak agama kamu !!!

Sebab itu, kita tolak Anwar. Saat Agama Islam diperlekehkan apa yang dia pertahankan? Yang dia kisah waktu pemerintahan 22 bulan itu nak jadi PM.

Dengan KeizinanNya...
Tanpa UMNO, Gerbang Kuasa
Di Putrajaya Statik Dan Terus Kaku
Kerana Bangsa Ini Telah Mewariskan UMNO
Sebagai Pemegang Amanah Anak Kunci 
Tanah Jawi Ini Walau Dikhianati Anak
Bangsanya Sendiri Dan Maka Itu,
Bersyukurlah Kita Masih Punya
Raja Sebagai Payung Negara 
Demi Menutup Sengketa !


5 Perkara Tidak Boleh Diubah

Dalam Perlembagaan Malaysia Sekalipun Diluluskan Oleh 222 Kerusi Dewan RAkyat Kecuali Persetujuan MAJLIS RAJA-RAJA
  1. Agama Islam sebagai agama rasmi,
  2. Hak Istimewa Raja-raja Melayu,
  3. Hak Istimewa Orang Melayu,
  4. Bahasa Kebangsaan - Bahasa Melayu,
  5. Darurat
Mana-mana ahli politik yang menyatakan sebaliknya, ia disebabkan :
  1. Tidak faham Perlembagaan Malaysia, atau
  2. Tidak menghormati institusi kesultanan, atau
  3. Hidup dalam penafian.
---------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

RAHMAN Sepanjang 61 Tahun di Malaysia



KERAJAAN SEMENTARA SELEPAS PEMBUBARAN PARLIMEN



19 NOVEMBER 2022 SUARA MAJORITI SENYAP MELAYU

Suara Majoriti Senyap Melayu & Jiwa Memberontak

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...