Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 8 December 2022

05 DISEMBER 2005 JUARA KEJOHANAN SKUASY TERBUKA DUNIA

Pada hari ini dalam tahun 2005, Nicol Ann David, Ratu Skuasy Negara berjaya menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia yang diadakan di Hong Kong setelah menewaskan Rachael Grinham dari Australia. Beliau merupakan pemain wanita pertama dari Asia yang menjuarai kejohanan ini sekali gus merampas gelaran pemain nombor satu dunia daripada Vanessa Atkinson dari Belanda. Menurut Nicol, bergelar juara dunia merupakan satu penghormatan besar buat dirinya. 

Selain bergelar juara dunia, Nicol juga merupakan pemenang kejohanan berprestij Terbuka Britain pada Oktober lalu selain juara enam gelaran antarabangsa lain pada tahun ini iaitu Sukan Dunia, Terbuka Kuwait, Terbuka Belanda, Terbuka Malaysia, Terbuka Kuala Lumpur dan Terbuka Carol Weymuller di New York. Kejayaan beliau menjuarai pelbagai kejohanan skuasy dunia, menjadikan beliau sebagai seorang atlet sukan yang terbilang dan idola kepada jutaan peminat skuasy sama ada di dalam mahupun luar negara.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

18 OKTOBER 2005 JUARA PERSEORANGAN WANITA KEJOHANAN TERBUKA BRITISH


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...