Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 11 December 2022

09 DISEMBER 1872 MENTERI LARUT MEMINTA BANTUAN GABENOR INGGERIS DI PULAU PINANG

Pada hari ini dalam tahun 1872, Menteri Larut, Ngah Ibrahim meminta bantuan Gabenor Inggeris di Pulau Pinang untuk membantu beliau dalam usahanya menyelesaikan pergaduhan di antara puak-puak pelombong Cina yang bermusuhan diantara satu dengan lain di Larut. Beberapa buah kumpulan kongsi gelap yang bermusuhan di Larut telah bergabung dalam dua kumpulan yang besar iaitu kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin.

Permusuhan mereka ini menjadikan Larut sebagai sebuah gelanggang besar di mana pembunuhan, kekerasan, rompak dan samun berlaku terus-terusan. Pergaduhan ini telah menjejaskan perusahaan lombong bijih timah di Larut. Ngah Ibrahim terpaksa meminta bantuan daripada Gabenor Inggeris di Pulau Pinang untuk menghadapi situasi itu. Berikutan itu, kerajaan di Pulau Pinang telah membenarkan Ngah Ibrahim mengimport senjata dan menghantar Captain Speedy untuk membantu beliau menubuhkan tenteranya sendiri dalam menghadapi kekacauan di Larut.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

ORANG KAYA MENTERI LARUT


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...