Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 12 December 2022

10 DISEMBER 1965 PENGUMUMAN RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA


Rancangan Pembangunan Malaysia Demi Kemakmuran Negara 1966 hingga 1970

Pada hari ini dalam tahun 1965, Rancangan Malaysia Pertama diumumkan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Timbalan Perdana Menteri di Kuala Lumpur. Usul rancangan lima tahun bagi tempoh dari tahun 1966 hingga tahun 1970 tersebut telah dibentangkan di Parlimen pada 15 Disember 1964. Ia mempunyai empat matlamat utama. Matlamat pertama adalah untuk mempereratkan integrasi di kalangan rakyat seluruh negara. Matlamat kedua pula adalah untuk meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber bagi seluruh rakyat yang  berpendapatan rendah. 

Matlamat ketiga adalah untuk memberi peluang-peluang pekerjaan pada kadar yang boleh menghasilkan jenis kerja yang produktif bagi tenaga buruh dan mengurangkan kadar pengganguran. Matlamat terakhir adalah untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi di sektor perindustrian dan pertanian. Sesungguhnya, Rancangan Malaysia Pertama telah membawa kemajuan pesat terutama kepada kawasan bandar dan juga memberi kepentingan khusus kepada penduduk luar bandar untuk meninggikan taraf hidup dalam bidang ekonomi dan sosial.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

05 DISEMBER 1967 PERJANJIAN BANTUAN TENTERA BRITISH KEPADA MALAYSIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...