Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 12 December 2022

10 DISEMBER 1947 PENGUATKUASAAN ORDINAN CUKAI SEBAGAI PENDAPATAN NEGARA

 

Pada hari ini dalam tahun 1947, kerajaan telah mewartakan dan menguatkuasakan ordinan cukai pendapatan negara. Cukai pendapatan itu diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan peruntukan bagi pembangunan negara melalui kadar yang dikenakan ke atas perolehan atau keuntungan daripada pekerjaan rakyat. Di antara perkara yang dikenakan cukai termasuklah keuntungan dari perdagangan, perniagaan, pekerjaan, tanah, kediaman, dividen, faedah, pencen, premium, royalti, harta, hasil persatuan dan pertubuhan dagang serta pendapatan daripada operasi perkapalan, udara dan kabel yang dilaksanakan dalam negeri.  

Mengikut ketetapan dalam ordinan tersebut kadar yang dikenakan cukai adalah dikira daripada jumlah pendapatan bagi satu tahun sebelum tahun penilaian. Masa pembayaran pula adalah dalam tempoh sebulan pemberitahuan. Kegagalan membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan akan membawa kepada denda sebanyak 5% daripada jumlah keseluruhan cukai yang dikenakan. Terdapat juga pengecualian dari cukai iaitu bagi emolumen rasmi, pendapatan perbandaran, Majlis Bandaran, Pertubuhan Masyarakat yang mendapat pengesahan Lembaga Cukai Pendapatan, Koperasi Berdaftar, Institusi Kebajikan dan perbelanjaan memperbaiki bangunan. Perniagaan, perdagangan dan pekerjaan yang menanggung hutang serta tambahan pencen dan zakat fitrah turut terkecuali dari cukai. Cukai pendapatan itu ditadbirkan oleh satu lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Cukai Pendapatan. 

Lembaga itu bertanggungjawab untuk membuat peraturan-peraturan pembayaran dan pemotongan cukai, menentukan pulangan, tuntutan, membuat penyata dan memberi amaran di bawah ordinan, serta menjelaskan kaedah pengiraan atau anggaran potongan yang dikenakan. 

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

06 DISEMBER 1963 AKTA IMIGRESEN 1963


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...