Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 12 December 2022

10 DISEMBER 1965 PERSIDANGAN KONGRES KESATUAN SEKERJA MALAYSIA (MTUC)

 

Pada hari ini dalam tahun 1965, Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, telah merasmikan Persidangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Upacara itu telah diikuti dengan perletakan batu asas Bangunan Buruh di Petaling Jaya. Projek pembinaan bangunan buruh itu, menelan belanja berjumlah $1/2 juta. Persidangan itu telah dihadiri oleh kira-kira 300 orang perwakilan dari 90 buah Kesatuan Sekerja yang bergabung dengan MTUC termasuk pemerhati-pemerhati dari negara luar. Di upacara itu, Tun Abdul Razak telah menyampaikan pingat sebagai tanda penghargaan kepada tiga orang yang berjasa dalam gerakan Kesatuan Sekerja.

Mereka ialah Prof. Ungku Aziz, En. V.E. Jessudose dan En. K. Duraipa pegawai pelajaran MTUC. Dalam ucapan perasmiannya, Tun Abdul Razak telah menyeru Kesatuan Sekerja di negara ini supaya bekerjasama membantu kerajaan menjayakan Rancangan Pembangunan Malaysia Pertama demi meninggikan lagi ekonomi dan taraf hidup seluruh rakyat. Menurut beliau lagi, kerajaan telah menggalakkan penanaman modal dari luar negara dalam usaha memperbaiki beberapa kekurangan di bidang teknologi. Di samping itu, ia juga dapat memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Sesungguhnya dengan persidangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan perletakan batu asas Bangunan Buruh pada hari ini dalam tahun 1965 membuktikan hubungan erat dan kerjasama di antara Kesatuan Sekerja dengan kerajaan adalah perlu dalam memastikan matlamat Rancangan Pembangunan Malaysia Pertama tercapai.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

10 DISEMBER 1965 PENGUMUMAN RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...